Selasa, 25 Jun 2013

Jerebu Luar Biasa, Selimuti Tanah Rendah Sahaja?

Jerebu yang melanda ini dilihat mengandungi partikel terampai lebih berat dari jerebu yang berlaku sebelum ini. Ini kerana ia hanya meliputi atmosfera sehingga ketinggian kira-kira 800 meter sahaja jika dilihat pada imej satelit.

Cuba lihat imej satelit semalam di atas yang menunjukkan tulang belakang Semenanjung Malaysia iaitu Banjaran Titiwangsa kelihatan tidak diselimuti jerebu. Kawasan yang menonjol di imej satelit ini ialah kawasan yang dikirakan berketinggian melebihi 700 atau 800 meter dari aras laut.

Pihak Jabatan Alam Sekitar jika perlu, buatlah sedikit penjelasan berhubung fenomena ini yang dinilai agak luar dari kebiasaannya.

Dikhuatirkan ketumpatan partikel terampai yang tinggi di lapisan atmosfera terendah ini disebabkan oleh unsur yang merbahaya pula terhadap sistem pernafasan, berbeza dengan kejadian-kejadian jerebu sebelum ini yang turut meliputi tanah tinggi Genting Highlands dan Cameron Highlands


Tiada ulasan:

Catat Ulasan