Jumaat, 20 Januari 2017

Golongan Flat Earth dengan mudah cuci otak anak Melayu

Bismillahirrahmanirrahim.

Bermula lewat tahun lalu, muncul sebuah gerakan masonik bentuk baru yang sedang meraih populariti termasuk golongan muda di negara ini yang menganggap bumi adalah sebuah cakera rata yang dikelilingi dinding ais seperti menakung lautan dengan benua-benua di atasnya menjadikan kutub utara sebagai pusat tengahnya.

Peta bumi leper yang indentikal dengan golongan ini.


FLAT EARTH

Oleh kerana ia mengideakan sebuah cakera yang matahari dan bulan bergerak mengelilingi titik tengahnya dan tidak bercanggah dengan hukum 'pelayaran mengelilingi dunia' yang 600 tahun lalu dijadikam bukti bumi ini berbentuk sfera, doktrinasi tanpa keterangan ilmiah yang meyakinkan ini mendapat sambutan golongan Kristian dan Islam yang mempertejemah secara langsung wahyu dari Allah SWT di kitab Injil dan Al-Quran. Matahari dan bulan mengelilingi bumi serta bumi sebagai hamparan yang rata.

Lambang asal kumpulan ini.



Kebanyakan post golongan ini sekadar begini.

Dan seperti ini..


Maka sebuah peta lama unjuran kutub utara yang digunapakai oleh PBB sebagai lambang pertubuhan tersebut diangkat menjadi 'peta dunia leper' versi mereka. Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai Flat Earth Society.

Selain terlalu banyak cacat cela dengan penggunaan peta jenis ini serta teori ini, golongan ini bagaikan tidak peduli malahan menggelar golongan yang mempercayai bumi sebagai sfera sebagai Globe Earthers (GE)  yang menjadi lawan kepada mereka, golongan Flat Earthers (FE). Setiap persoalan dengan bukti ilmiah rata-rata tidak dijawab dan dibalas dengan celaan dan ejekan. Pelik tapi benar.

FLAT EARTHERS KRISTIAN

Golongan inilah yang paling mula sekali mengumpul momentum dan dikecam hebat serta kalangan yang cuba sedikit sebanyak mengeluarkan bukti video serta kajian cendikiawan kalangan mereka termasuk memperaga model-model bentuk dunia ala Flat Earth yang mereka fikir paling sesuai. Golongan GE dilabel oleh mereka sebagai mangsa pencucian otak NASA , agensi angkasa lepas Amerika Syarikat yang menyuap teori-teori tanpa kesaksian selain dilabel golongan yang tidak beriman dengan ajaran Kristian yang selama 1400 tahun mempertahankan pegangan bahawa bumi itu rata.

Namun persengkokolan sesama mereka diwarnai perbalahan antara golongan fundamentalis Kristian dan golongan atheis.

Ini kerana golongan Kristian kental dengan teori cakera ini di tutupi kubah lutsinar di mana Tuhan bersemayam di atasnya, tepat di atas pusat dunia mereka.

FLAT EARTHERS MUSLIM

Bagi orang Islam kalangan FE, golongan GE juga dilabel sebagai mangsa pencucian otak NASA , yang menyuap teori-teori tanpa kesaksian selain dilabel golongan yang tidak beriman dengan Al-Quran dengan mengulang-ulang ayat Al-Quran yang berunsur metafora yakni bumi sebagai hamparan. Golongan ini mempunyai intelektualiti yang amat rendah dengan setakat ini, tidak mampu memberi hujah ilmiah dan hanya mampu mengejek dan memprovokasi.

Mereka juga dilihat berkongsi persamaan dalam percanggahan dengan kumpulan lain yang mempercayai bumi adalah bulat tetapi mempercayai konsep geosentrik iaitu bumi tidak mengelilingi matahari, bahkan mataharilah yang mengelilingi bumi.

Hanya sahaja kedua-dua kumpulan ini bersepakat menggunakan maksud ayat-ayat Al-Quran dalam memenangkan argumentasi mereka tanpa hujah sokongan. Tak sokong, tak beriman. Mudahnya hidup.

PENCETUS TEORI FLAT EARTH

Pencetus teori ini di dunia moden ialah penulis Inggeris Samuel Rowbotham (1816 - 1884) yang menghasilkan hipotesis menyebut bumi bukan sfera. Melalui 'kajiannya' , matahari dan bulan terletak 4800 km dari permukaan bumi manakala bintang-bintang terletak di ketinggian 5000 km.

Flat Earth Society pula ditubuhkan oleh Daniel Shenton pada tahun 2004 bagi mengumpul netizen dan tidak menonjol walaupun gerakan ini bertambah keahliannya dari masa ke semasa sehinggalah Eric Dubay muncul menggemparkan internet pada penghujung 2016 dengan menamakan dirinya sendiri sebagai pelopor sebenar Flat Earth Society.

Eric Dubay

Lebih menggemparkan, Eric diblognya pada post bertarikh 20 Januari 2017 menuduh bahawa gerakan Freemason bertanggungjawab mencipta konspirasi bumi adalah sfera dengan merujuk kepada NASA sebagai pemalsu hakikat menyambung kerja-kerja Freemason terdahulu sehingga zaman Empayar Rom walaupun gerakan Freemason diketahui hanya bermula pada abad ke 15.

Ramai juga kalangan otai Flat Earth Society yang marah dengan tindakannya lalu membongkar bahawa Eric sendiri merupakan anak saudara kepada pemegang darjah 32 dalam organisasi tersebut dan dia juga sebenarnya adalah dikalangan mereka.




Dengan menggunakan 'Freemason' ini, Eric telah berjaya menarik ramai anak Melayu yang dari awal di dedahkan dengan paranoia ke atas gerakan-gerakan rahsia seperti ini, selain pihak-pihak yang cenderung menentang gerakan tersebut di serata dunia.

PENDEK CERITA..

Tidak pedulilah siapa Eric Dubay sekalipun, saya tetap dengan argumentasi tersendiri berdasarkan fakta-fakta yang saya cari sendiri bagi mempertikai teori Flat Earth ini.

1. Sebagai seorang Islam yang tinggal di Kuala Lumpur dan Ipoh, adalah menjadi kebiasaan bagi saya untuk mengenalpasti tarikh 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun. Pada tarikh inilah berlakunya istiwa azam di atas Kaabah di mana umat Islam dari seliruh dunia yang pada ketika itu siang, boleh menyemak arah kiblat iaitu pada pukul 5:16 petang 28 Mei dan 5:28 petang pada 16 Julai. Setelah melihat teori Flat Earth yang meletakkan matahari 4800 km dari muka bumi dan menyemak kedudukan matahari dari horizon adalah pada dongakan 27.4° , saya skalakan tempoh antara matahari bergerak dari waktu Zohor di Kuala Lumpur iaitu 1:11 petang hingga matahari tegak di Kaabah, iaitu selama 4 jam 5 minit, lalu unjurkan ke waktu Maghrib di Kuala Lumpur pada pukul 7:20 untuk hari tersebut. Ini bagi mendapatkan kedudukan matahari pada ketika itu. Ternyata matahari masih berada di atas dongakan 20°. Ini tidak masuk akal untuk dikaitkan dengan hukum perspektif yang kononnya cara-cara tenggelamnya matahari di Flat Earth.



2. Mengambil model tersebut, saya jejaki orbit ala Flat Earth untuk menjejaki kedudukan matahari pada kedudukan 12 jam selepas waktu Zohor di Kuala Lumpur yang merupakan jarak maksimum Kuala Lumpur dari matahari ala mereka pada hari tersebut. Ternyata, pada pukul 1:11 pagi, matahari berada di kaki langit utara pada dongakan 14.7°, satu ketinggian yang belum logik untuk hilang rupa matahari dek hukum perspektif, apa lagi terang cahaya remang petangnya. Ternyata, matahari mereka tidak terbenam.



3. Menurut Eric, penerbangan dari Sydney di Australia ke Santiago di Chile oleh Qantas Flight 27 telah singgah mengisi minyak di Los Angeles bagi mendapatkan jarak terbaik. Tetapi hakikatnya penerbangan tersebut diselesaikan dalam tempoh 10 jam 40 minit pada kelajuan purata 473 knot atau 913 km sejam. Logik bagi Boeing 747 untuk terbang pada kelajuan itu dan kelajuan itu menunjukkan pesawat menempuh perjalanan sejauh kira-kira 9500 km. Logiknya, penerbangan Airbus 380 dari Kuala Lumpur sejauh 10,000 km mengambil masa 12 jam. Rujuk sahaja perbandingan di bawah.



4. Menurutnya lagi, teori Cornellis berkaitan pusaran angin yang berbeza di atas garis khatulistiwa dan di bawahnya tidak konsisten tidak boleh dipakai. Kerana sepanjang pengamatan saya di Windyty sebelum terjumpa fahaman ini, memang saya dapati pusaran angin di kedua belah lengkungan bumi ini berbeza. Tidak konsisten bermaksud berlaku kerap, katakan satu penemuan dalam lima pun saya masih boleh setuju dengannya. Tetapi selepas melihat berpuluh-puluh model pusaran angin yang berlaku, saya belum terjumpa lagi. Lihat sahaja pengamatan angin untuk 26 Januari ini.



5. Penampakan bulan sabit berbeza arah sabitan hanya logik di permukaan bumi yang melengkung. Mengambil kota Shanghai yang terletak sedikit atas dari Tropic of Cancer (Garisan Sartan) dan Perth yang terletak di bawah sedikit dari Tropic of Capricorn (Garisan Jadi) dan Kuala Lumpur yang atas sedikit dari Equator (Khatulistiwa) yang berkongsi zon waktu yang sama, logik golongan FE bahawa bulan mengeluarkan cahayanya sendiri pada keadaan begini adalah mustahil. Jika model bumi datar mereka menyebut bulan diterangi oleh Matahari, perlu berada sangat hampir untuk memberi beza sabitan seperti ini. Jika matahari sangat hampir, tentulah hari masih siang kerana teori mereka menyebut kedudukan bulan dan matahari adalah sama.


6. Mereka selain tak mampu menjawab persoalan di atas, tidak juga mampu mengeluarkan peta sebenar walaupun kononnya gerakan telah bermula ribuan tahun lalu. Hatta pemodenan ideologi pun dah bermula 150 tahun. Tapi masih belum mampu memetakan siang dan malam dengan sempurna.


7. Mereka menggunakan peta distort ini untuk Australia tanpa sedikitpun peduli bahawa jarak boleh diukur oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan odometer ketika memandu. Malah ukuran diskala atas peta sebenar mengikut versi Globe Earth hampir-hampir saja tepat jika diukur dengan pembaris.


8. Mereka boleh membuat kira-kira kedudukan matahari dari permukaan bumi tetapi tidak boleh memberi jawapan saintifik apa yang mempengaruhi kelajuan orbit matahari yang berubah menjadi laju bagi mengejar waktu 24 jam manusia. Matahari berputar ikut waktu manusia. Hebat. Belum pernah dalam 'teori-teori' Global Earth sesebuah rotasi atau orbit mempunyai kuasa merubah kelajuan putaran mahupun pergerakan.

9. Mereka menolak teori graviti dan mentertawakan bagaimana graviti matahari memastikan bumi dan planet lain mengorbitnya pada masa yang sama percayakan model matahari dan bulan mengelilingi bumi cakera mereka tanpa ada alasan ilmiah.

10. Mereka mentertawakan bagaimana air lautan boleh menempel di sebuah sfera kerana mereka tidak percaya wujudnya graviti lalu menerima teori kepungan ais keliling cakera mereka. Menurut mereka sudah tentulah air itu akan tumpah ke bawah. Apa ada di bawah? Mengaitkan teori mereka ke teori orang lain ketika menolak konsep teori orang lain?

Cukuplah sekadar 10 sebab saya menolak fahaman 'hipster' ini.


ADAKAH SAYA TIDAK BERIMAN DENGAN AL-QURAN?

Menyedihkan apabila anak Melayu kita beragama Islam yang terpengaruh dengan kultus masonik ini terdiri dari mereka yang tidak mampu memberi jawapan yang layak untuk disebut adanya peluang untuk berbincang.

Mereka menjadikan maksud ayat Al- Quran mentah-mentah tanpa sedikit pun berusaha untuk memikirkan jawapan dari soalan-soalan yang dikemukakan, sebagai pelapik.

BENTUK BUMI MENGIKUT AL-QURAN

Baiklah. Jika kita amati kandungan Al-Quran,  setiap firman Allah mengenai matahari & bulan, pasti akan turut ada disebutkan kejadian malam dan siang. Bagaikan tiga serangkai. Adakah ia bermaksud bumi? Kerana ketiga-tiga ini saling berkait. Mungkin sama bentuk?

Apabila masa dan waktu menjadi pengaruh utama kehidupan seharian manusia, tentu sahaja komponen pengukurnya adalah bumi, bulan dan matahari.

Jika benar, kenapa bumi dirujuk dengan malam dan siang? Adakah sebab separuh bumi malam separuh bumi siang dengan sempurna dan sekata? Bulan juga separuh malam dan separuh siang. Apa istimewanya kejadian malam dam siang di bumi? Ya kerana ada kejadian malam dan siang setiap hari di bumi. Bagaimana terjadinya malam dan siang sedangkan siang dan malamnya tidak bergerak? Sebelah terang sebelah gelita?

Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Ibrahim 33.

Kenapa malam dan siang Allah tundukkan supaya seperti matahari dan bulan yang ditundukkan supaya beredar pada orbitnya? Maka tentulah keduanya dikat pada paksi masing- masing. Adakah penggantian malam dan siang ditundukkan untuk diikat pada paksinya juga?

Baiklah, jika matahari telah ditundukkan untuk mengorbit bumi, malam dan siang sudah pasti telah berlaku ketetapannya. Tetapi Allah berfirman bahawa malam dan siang juga ditundukkan untuk umat manusia. Adakah malam dan siang juga perlu diikat pada paksinya supaya tetap? Jika demikian, tidak mungkin matahari mengelilingi bumi manakala jika bumi pula berputar? Jika berpaksi tentulah bumi itu sfera.

ADAKAH BUMI BERPUTAR?

Jika kita lihat segala sesuatu yang berpusar, berputar, mengorbit dan mengelilingi,  tentu sahaja mempunyai paksi putarannya. Jika diperhatikan, segala kejadian ciptaan Allah yang sebegini akan membentuk pusingan yang melawan arah jam. Dan untuk  Baitullah, kiblat bagi umat manusia, hendaklah ia ditawaf oleh pengunjungnya mengikut lawan arah jam. Sehinggakan pusaran angin dan air sekalipun.

Nanti. Diketahui bahawa pusaran angin dan pusaran air yang terjadi secara semulajadi di kawasan selepas garisan Khatulistiwa jika dihitung dari utara, pusaran angin dan air secara semulajadi adalah mengikut arah jam.  Ini dinamakan Kesan Cornealis yang dihitung berdasarkan fakta bumi itu sfera, dan bumi berputar pada paksinya!

Dan jika diamati betul-betul dari 'puncak' bumi iaitu dari bahagian kutub utara,  menembusi ke lengkungan selatan melalui bayangan menerobos kerak bumi, gerakan pusaran angin dan air mengikut arah jam di hemisfera selatan itu sedang diperhatikan dari belakang yang tentu sekali turut melawan arah jam!

Baiklah seberapa pentingnya pandangan dari atas bumi ini pastinya sama penting dengan ilham manusia yang melukis pelan dari atas sebelum membina binaan. Belum ada pelan binaan di unjur dari bawah. Di sini fakta bumi sebagai leper telah terbatal.
Tetapi adakah fakta bumi berputar atas paksinya terbatal juga? Adakah matahari yang sebenarnya mengorbit bumi? Cuba dalami ayat ini :

Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)“. Ali Imran 27

Allah berfirman bahawa Dia memasukkan malam ke dalam siang dan siang ke dalam malam sebanyak 5 kali di dalam Al-Quran iaitu Hajj 61,  Luqman 29, Faathir 13, Hadid 6. Seterusnya, lihat rajah di bawah.


Dengan mengutamakan pandangan atas yang dinilai mempunyai kemuliaannya itu, inilah sebuah rajah bumi dilihat dari pandangan atas dengan titik merah sebagai kutub.

Dengan mendahulukan perkataan malam yang disebut terlebih dahulu dan kemudiannya siang, malam diletakkan di posisi sebelah kanan. 

Dengan mendahulukan 'memasukkan malam ke atas siang' yang disebut terlebih dahulu dalam ayat tersebut posisinya di letakkan di atas. Manakala 'memasukkan siang ke dalam malam' diletakkan di bawahnya.

Jadi, seandainya matahari mengelilingi bumi, pecahan itu akan berputar mengikut anak panah, berpaksikan kutub utara. Ya, mengikut sunnatullah, melawan arah jam. Tetapi! Bukankah dengan demikian, matahari terbit dari Barat??

Tetapi seandainya bumilah yang berputar mengikut anak panah itu dan pecahan malam dan siang itu kekal, maka bersesuaianlah bahawa matahari terbit dari timur.


AGENDA TERSEMBUNYI?

Walaupun golongan ini terus menerus mensasarkan NASA sebagai pihak yang bertanggungjawab menipu umat manusia bahawa bumi ini kononnya sfera, malah gerakan ini semakin mendapat tempat, NASA tidak sekalipun mengeluarkan kenyataan apa-apa.

Gerakan ini dilihat banyak berusaha untuk 'menutup' terus akses ke Kutub Selaatan yang selama ini memang tertutup untuk orang awam.

Pada peta leper mereka, Kutub Selatan telah terhapus terus.

Adakah ini berkaitan dengan kenyatan NASA baru-baru ini bahawa tidak mustahil untuk matahari terbit dari barat.


Walaubagaimanapun kemunculan gerakan begini sudah dikira sebagai penapis bagi melihat tahap pemikiran sesetengah dari mereka ini Cuma kasihan lihat intelektualiti anak bangsa semakin merudum.


Di sudut bawah sana pula nanti semakin ramai golongan bangang akan muncul untuk berargumentasi mentah bertajuk ' kutub selatan tak wujud.'

Adakah anda fikir hanya dengan rotasi bumi berpatah balik maka barulah matahari terbit dari barat?

Anda salah. Sesungguhnya planet Venus, matahari telah terbit dari barat walaupun putaran tidak berubah. Caranya dengan menjungkitkan kutub utara dan selatan berganti tempat.


Dan apabila Allah SWT memberi amaran jika dia mendatangkan siang tanpa malam anda fikir bumi telah terhenti? Masih boleh berlaku walaupun masih berputar seperti yang berlaku di Uranus.


Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirahat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikan?“ Al Qashash 71


Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirahat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikan?“ Al Qashash 72