Khamis, 27 Jun 2013

Benjy Kantoi Ais Lagi

Gejala penggunaan syabu tidak dinafikan semakin berleluasa. Syabu yang digelar 'cautut' oleh penggunanya kali ini sekali lagi menjerat pelakon Benjy ketika di serbu di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa.


Benjy ditangkap lagi

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pelakon, Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pagi tadi atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.

Anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi tadi selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu esok di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," katanya. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan