Selasa, 10 September 2013

Prang Besar

Oleh HASFIZA ABDULLAH
www.arkib.gov.my

PERNAHKAH sesiapa yang menduga kawasan hutan dan ladang di Prang Besar, Sepang, Selangor, akan bertukar menjadi bandar raya bestari yang menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan? Lakaran sejarahnya bermula daripada cetusan idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada pertengahan tahun 1980-an untuk mewujudkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baharu di luar kawasan Kuala Lumpur. Hasrat ini selaras dengan dasar kerajaan untuk mengimbang dan menyebarkan pembangunan dari Kuala Lumpur. Keputusan ini juga didorong oleh hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti persekitaran perbandaran dan kehidupan di Kuala Lumpur serta menjamin pembangunan berterusan di Lembah Kelang.

Sekitar bulan Jun 1993, dua kawasan telah dikenal pasti bagi tujuan tersebut, iaitu Prang Besar dan Janda Baik di PahangAkhirnya, Prang Besar dipilih untuk dibangunkan sebagai bandar raya Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Prang Besar pada asalnya ladang kelapa sawit dan getah.

Kawasan ini dibuka pada 1918 dan merupakan anugerah daripada kerajaan British kepada sekumpulan bekas anggota tentera British yang berjasa dan terselamat sewaktu Perang Dunia Pertama. Secara perkongsian, mereka membuka estet tersebut. Sebelum dikenali dengan Prang Besar, kawasan ini dikenali sebagai Air Hitam. Nama Prang Besar diberikan oleh orang British apabila mereka membuka estet itu. Nama ini bersempena dengan Perang Dunia Pertama yang pada masa itu dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Perang Besar. Ketika awal pembukaannya, estet ini hanya berkeluasan 800 ekar dan berkembang menjadi 8000 ekar melalui pembelian estet di sekelilingnya, seperti Estet Raja Alang, Estet Galloway dan Estet Bukit Prang.

Rencana ini dipetik daripada Dewan Siswa Februari 2012

Isnin, 9 September 2013

6 Orang Maut Dilanggar Anak Ahmad Dhani


Anak Ahmad Dhani, pemuzik terkenal Indonesia yang turut popular di negara ini,  yang bernama Abdul Qodir Jailani berumur 13 tahun  terlibat dalam satu kemalangan yang mengakibatkan kematian 6 orang di Lebuhraya Jagorawi, Jakarta malam minggu jam 1 pagi. Dia yang memandu Mitsubishi Lancer Evo dikatakan gagal mengawal kenderaan pada kelajuan 105km/j lalu melanggar pembahagi jalan dan merempuh  sebuah kenderaan pelbagai guna yang membawa 12 orang dari arah bertentangan. Kesemua yang terbunuh adalah penumpang kenderaan yang dilanggarnya manakala anak Ahmad Dhani menerima rawatan ICU serta patah kaki. 

Kes menimbulkan kemarahan umum di Indonesia yang rata-rata menyelar Ahmad Dhani sebagai artis sombong yang terlalu memanjakan anaknya berikutan tiada ulasan dipihaknya ke atas keluarga korban serta pembiaran anaknya memandu pada usia sedemikian.


Minggu, 08/09/2013 16:18 WIB

Polisi Duga Mobil Lancer Dul Melaju Kencang dan Ngedrift

Mulya Nurbilkis - detikNews

Jakarta - Polisi telah melakukan olah TKP di lokasi kecelakaan maut di KM 8 +200, Tol Jagorawi. Meskipun belum ada kesimpulan, namun ada keyakinan mobil yang dikemudikan Ahmad Abdul Qodir Jaelani (13) melaju kencang.

"Ya kalau kita lihat kalau mobil itu tidak cepat, bagaimana dia bisa melaju menabrak guardrail, terlempar dengan melawan arus. Tapi memang kecepatannya tinggi," kata AKBP Hindarsono, Kasubdit Penegakan Hukum Polda Metro Jaya usai memimpin olah TKP di Tol Jagorawi, Jakarta Timur, Minggu (8/9/2013).

Olah TKP melibatkan tim labfor Mabes Polri, Satwil Lantas Jakarta Timur, Korlantas Metro Jaya. Dan dilakukan selama hampir 3 jam.

Belum diketahui berapa kecepatan mobil bernopol B 80 SAL ini hingga mampu menewaskan 4 orang di lokasi (dan dua di RS). Keanehan pun terjadi dari jejak ban yang berada di TKP. Hanya terlihat 1 bekas ban berwarna hitam dari lajur 2 menuju lajur 4 hingga menabrak pembatas jalan tol.

"Mungkin posisi kendaraan sudah mulai oleng. Diduga ngedrift. Tapi ini kita belum tahu," lanjutnya.

Pihaknya juga berencana akan memanggil tim ATPM Mitsubishi untuk menjelaskan mengenai mobil tersebut.

"Kita akan undang ATPM Mitsubishi untuk melihat kendala-kendala yang ada di mobil itu," ujarnya.

Hingga saat ini, tim olah TKP belum memberikan hasil dari olah TKP tersebut. Hasil dari olah TKP akan digelar di kantor Korlantas Polda Metro Jaya.

"Hasilnya mungkin 3-4 hari dari sekarang," pungkasnya.