Sabtu, 16 Mei 2015

Punca krisis Rohingya dan peranan kita masa ini

Rohingya merupakan penduduk berketurunan Bengal yang mendiami seberang sempadan Bangladesh - Burma. Malang bermula apabila kedudukan mereka di letakkan British dalam wilayah Burma yang pernah mereka takluki.

Burma yang mengamalkan asimilasi agama menegakkan Buddha jenis paling jahat kerana dikepalai oleh sami Buddha yang menjadi tunjang penghasut pengusiran dengan cara pembunuhan dan telah dikupas oleh majalah Time satu ketika dahulu. Tiada nilai-nilai baik ajaran Buddha yang ada pada jenis ini melainkan bagai kerasukan syaitan.


Rohingya adalah penduduk wilayah utara Rakhine atau dahulu dikenali sebagai Arakan. Perang Inggeris - Burma pada tahun 1826 membawa kepada penaklukan Arakan dan berlaku penghijrahan dari Benggala yang merupakan jajahan British masuk ke wilyah tersebut untuk memenuhi keperluan perladangan dan pembangunan di kawasan tersebut. 

Memang terdapat ramai orang dari Benggala mendiami Arakan sebelum itu tetapi signifikasi pertambahan penduduk berlaku semasa pendudukan Inggeris tetapi kumpulan ini menggunakan bahasa Rohingya yang berbeza dengan bahasa Bengali tetapi masih dalam rumpun yang sama. 



Ini membuatkan banyak antropologis menyimpulkan bahawa Rohingya merupakan antara etnik asli di wilayah tersebut.

Rohingya serata dunia berjumlah tidak sampai 2 juta orang. Ini adalah kurang dari penduduk Kelantan dan Terengganu digabungkan. Tetapi mereka menjadi etnik paling tertindas di dunia. 

Lebih 50% daripada mereka telah menjadi pelarian di negara asing. 400,000 di Arab Saudi, 300,000 di Bangladesh, 200,000 di Pakistan, 100,000 di Thailand dan 40,000 di Malaysia.

Ya. Malaysia tidak menampung sebanyak Arab Saudi. Bahkah tidak sebanyak Thailand yang merupakan negara dominan Buddha.


Malangnya rakyat negara
 ini yang baru merasakan sedikit kemodenan beserta kehidupan yang mencukupi bagi golongan pertengahan, sudah berlagak sombong. Ini banyak disebabkan oleh sikap kurang mengkaji walaupun telefon pintar di tangan. Lebih baik bermedia sosial dari mengkaji. Dan tunggu apa yang disogokkan untuk ditelan.



Akibatnya mereka tidak tahu apa sebenar yang belaku serta puncanya. Mereka malah hilang sifat ihsan akibat diselaputi lendir politik dan rasa tidak mahu ikut campur.


Lalu ini membawa kepada campurmulut orang agama yang mentakrifkan dengan cara yang mudah disensasikan media pengadu domba.


Malah orang Islam sendiri di negara ini memandang enteng dan menunjukkan rasa hina tanpa empati terhadap krisis yang melanda saudara seagama mereka.


Krisis Rohingya seharusnya diselesaikan oleh United Kingdom kerana merekalah membawa ramai pemestautin dari Bengal masuk dan bercampur menjadi etnik Rohingya di Arakan. Negara Komanwel seperti Malaysia seharusnya memainkan peranan besar dalam mendesak Arakan diperhatikan kerana seperti Inggeris membawa masuk orang Cina ke Semenanjung, yang kini menjadi warganegara Malaysia, Rohingya perlu diiktiraf sebagai warganegara Myanmar!

Kerajaan Myanmar yang dipimpin orang Burma hari ini tidak mengiktiraf Rohingya sebagai warganegara.

Hari ini, negara dipermalukan oleh dunia akibat tindakan mengusir pelarian Rohingya yang tiba berkapal-kapal dengan jumlah hampir 7,000 orang kerana dibuat oleh sebuah negara Komanwel, negara Islam malah pengerusi ASEAN yang turut dianggotai Myanmar.



Kita dipertanyakan mengapa tidak didaratkan, dipagar diberi perlindungan sementara dengan memaksa bantuan negara Islam atau UNHCR dan menekan Myanmar supaya menerima dan memberikan hak sewajarnya sebagai warganegara kepada Rohingya sebelum dihantar pulang dan diselia badan antarabangsa  dalam penstrukturan semula masyarakatnya.

Manakah telur kita untuk mengetengahkan sesuatu seperti ini dengan kuasa kita sebagai pengerusi ASEAN?

Anwar Ibrahim dilihat terus menyanjungi Aung San Su Kyi dan Najib Razak masih mesra menjabati Thein Sein. Mengapa kita tiba-tiba menjadi negara zalim?

 Takutlah kalau-kalau ada azab akan turun.