Isnin, 23 Januari 2017

Memang benar, bumi berputar dan mengelilingi matahari

 Jika kita amati kandungan Al-Quran,  setiap firman Allah mengenai matahari & bulan, pasti akan turut ada disebutkan kejadian malam dan siang. Bagaikan tiga serangkai. Adakah ia bermaksud bumi? Kerana ketiga-tiga ini saling berkait. Mungkin kerana sama bentuk?


Apabila masa dan waktu menjadi pengaruh utama kehidupan seharian manusia, tentu sahaja komponen pengukurnya adalah bumi, bulan dan matahari.

Jika benar, kenapa bumi dirujuk dengan malam dan siang? Adakah sebab separuh bumi malam separuh bumi siang dengan sempurna dan sekata? Bulan juga separuh malam dan separuh siang.

Apa istimewanya kejadian malam dam siang di bumi? Ya kerana tidak seperti bulan, terdapat kejadian malam dan siang setiap hari di bumi. Bagaimana terjadinya malam dan siang sedangkan siang dan malamnya tidak bergerak? Sebelah terang sebelah gelita?

Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Ibrahim 33.

Kenapa agaknya malam dan siang Allah tundukkan seperti matahari dan bulan yang ditundukkan supaya beredar pada orbitnya? Matahari dan bulan ditundukkan dengan keduanya diikat pada paksi masing- masing dan bergerak tanpa laju dan tanpa lengah.  Adakah penggantian malam dan siang ditundukkan untuk diikat pada paksinya juga?

Baiklah, katakan jika matahari telah ditundukkan untuk mengorbit bumi, kejadian malam dan siang sudah pasti telah berlaku ketetapannya. Tetapi Allah berfirman bahawa malam dan siang juga ditundukkan untuk umat manusia. Adakah malam dan siang juga bergerak lalu perlu diikat pada paksinya supaya patuh dan tetap? Jika demikian, tidak mungkin matahari mengelilingi bumi manakala jika bumi pula berputar? Dan jika berpaksi tentulah bumi itu sfera. Bumi yang datar dan tidak berputar tidak akan berpaksi.

ADAKAH BUMI BERPUTAR?

Jika kita lihat segala sesuatu yang berpusar, berputar, mengorbit dan mengelilingi yang diciptakan Allah, tentu sahaja mempunyai paksi putarannya. Jika diperhatikan, segala kejadian ciptaan Allah yang sebegini akan membentuk pusingan yang melawan arah jam. Lihatlah  Baitullah, kiblat bagi umat manusia, hendaklah ia ditawaf oleh pengunjungnya mengikut lawan arah jam. Sehinggakan pusaran angin dan air sekalipun turut melawan arah jam.

Beza pusaran angin di atas dan di bawah garis Khatulistiwa.

Tetapi, diketahui bahawa pusaran angin dan pusaran air yang terjadi secara semulajadi di kawasan selepas garisan Khatulistiwa jika dihitung dari utara, pusaran angin dan air secara semulajadi adalah mengikut arah jam, berbeza di kaeasan sebelum garisan Khatulistiwa.  Ini dinamakan Kesan Cornellis yang dihitung berdasarkan fakta bumi itu sfera, dan bumi berputar pada paksinya! Tetapi benarkah bumi berputar pada paksinya?

Dan jika diamati betul-betul dari 'puncak' bumi iaitu dari bahagian kutub utara,  menembusi ke lengkungan selatan melalui imaginasi menerobos kerak bumi, gerakan pusaran angin dan air mengikut arah jam di hemisfera selatan itu sedang diperhatikan dari belakang yang tentu sekali turut melawan arah jam!

Baiklah seberapa pentingnya pandangan dari atas bumi ini pastinya sama penting dengan ilham manusia yang melukis pelan dari atas sebelum membina binaan. Belum ada pelan binaan di unjur dari bawah. Di sini fakta bumi sebagai leper telah terbatal.
Tetapi adakah fakta bumi berputar atas paksinya terbatal juga? Adakah matahari yang sebenarnya mengorbit bumi? Cuba dalami ayat ini :

Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)“. Ali Imran 27

Allah berfirman bahawa Dia memasukkan malam ke dalam siang dan siang ke dalam malam sebanyak 5 kali di dalam Al-Quran iaitu Hajj 61,  Luqman 29, Faathir 13, Hadid 6. Seterusnya, lihat rajah di bawah.



Dengan mengutamakan pandangan atas yang dinilai mempunyai darjah kemuliaannya itu, inilah rajah bumi dilihat dari pandangan atas dengan titik merah sebagai kutub.

Dengan mendahulukan perkataan malam yang disebut terlebih dahulu dan kemudiannya siang, malam diletakkan di posisi sebelah kanan.

Dengan mendahulukan 'memasukkan malam ke atas siang' yang disebut terlebih dahulu dalam ayat tersebut posisinya di letakkan di atas. Manakala 'memasukkan siang ke dalam malam' diletakkan di bawahnya.

Jadi, seandainya matahari mengelilingi bumi, pecahan itu akan berputar mengikut anak panah, berpaksikan kutub utara. Ya, mengikut sunnatullah, melawan arah jam. Tetapi! Bukankah dengan demikian, matahari terbit dari Barat??

Tetapi seandainya bumilah yang berputar mengikut anak panah itu dan pecahan malam dan siang itu kekal, maka bersesuaianlah bahawa matahari terbit dari timur dan bumi berputar melawan arah jam.

Lalu benarlah matahari,  bulan dan kejadian siang malam ditundukkan untuk diikat pada paksinya. Lalu jadilah kejadian malam dan siang dengan putaran yang sekata. Dan jelas sekali, matahari, bulan dan kejadian malam dan siang itu adalah tiga jasad sfera yang saling dikaitrapatkan dalam firman-firman Allah.

YA. BUMI MENGELILINGI MATAHARI.

Tetapi adakah bumi mengorbit matahari? Tidak mungkin matahari mengorbit bumi ketika bumi sendiri berputar atas paksinya.

Hal ini dapat disaksikan oleh kita penduduk berhampiran Khatulistiwa apabila langit malam kita digantikan dengan bintang-bintang baru perlahan-lahan. Lebih jauh kedudukan kita dari Khatulistiwa, maka lebih sedikit penggantian bintang sehinggalah  jika kita berdiri di tengah kutub utara, kita hanya akan dapat melihat bintang yang sama tidak berubah sampai bila-bila.

Jadi, ya, bumi mengorbit matahari. Dan  dalam lingkaran yang turut mengikut lawan arah jam! Bukan sahaja bumi, malah lapan planet lain turut mengorbit matahari mengikut lawan arah jam!

Lalu bagaimana pula dengan musim? Jika bintang di kutub utara tidak berubah, bermakna bumi tidak berubah kecondongannya. Lalu bagaimana terjadinya musim?

Di dapati, putaran bumi pada paksinya sebenarnya condong 23⅓° secara tetap mengelilingi matahari. Pada kedudukan yang bertentangan, kecondongan yang menghadap matahari memberi musim panas ke hemisfera utara manakala kecondongan yang membelakangi matahari memberi musim panas ke hemisfera selatan.

Jika matahari mengelilingi bumi, matahari hendaklah beralih-alih kedudukannya atau bumi hendaklah mencondong ke bawah dan ke atas saban tahun. Perlakuan seperti ini tidak mungkin berlaku kerana pengaruh tenaga tertentu diperlukan bagi mengekalkan momentum dua jisim ini untuk melakukan dua gerakan sekaligus sepanjang masa.

BULAN TIDAK BERCAHAYA SENDIRI

Adakah bulan mengeluarkan cahaya sendiri ? Itu selalu diperdebatkan termasuk kalangan orang Islam.

Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui. Yunus 5.

Setiap kali Allah berfirman tentang bulan dan matahari, pastinya matahari didahulukan kemudian barulah bulan. Matahari dijelaskan mempunyai sinar tetapi bulan hanya dijelaskan bercahaya. Kedua-duanya dibezakan dengan bentuk terangnya.

Seperti muka bercahaya yang dikatakan dari wuduk sempurna, tentu sekali bukanlah cahaya yang keluar dari wajah seseorang itu. Begitu juga bulan.

Mungkin matahari sentiasa disebut dahulu kerana disebabkan matahari lah bulan jadi bercahaya kerana terciptanya matahari itu untuk menyinari.

Bulan mengorbit bumi dalam tempoh 28 hingga 29 hari bagi setiap setiap putaran, mengikut lawan arah jam. Sebenarnya bulan sentiasa penuh jika dilihat dari matahari. Yang terlihat pada bumi bentuk-nya itu bergantung di tempat-tempat ia berada.

Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. Yasin 40

Bulan tak mungkin berlaga dengan matahari kerana kedudukan berbeza. Allah menciptakannya  kelihatan sama besar mungkin supaya kita mengkaji. Orang-orang dulu takut keduanya berlaga. Malah pihak penganut Flat Earth mengangkat kajian pelopor mereka dengan meletakkan bulan dan matahari pada ketinggian yang sama, 4800 km dari muka bumi mereka.

Malam tidak mungkin mendahului siang tentunya kerana malam dan siang telah diketahui tidak bergerak tetap tempatnya. Hanya jika matahari mengelilingi bumi, akan berlaku kejar mengejar antara malam dan siang.

Ketiga-tiga ini matahari, bulan, malam & siang dijelaskan mempunyai garis pergerakan. Jika telah diketahui bumi juga mengorbit, bagaimana dengan matahari?

MATAHARI DAN GARIS EDARANNYA

Hakikatnya matahari mengorbit pusat galaksi kita Bima Sakti dengan satu pusingan mengambil masa 225 juta tahun. Jika dilihat dari hujung teratas garis kutub utara bumi, galaksi selebar 100,000 tahun pergerakan cahaya ini turut berputar melawan arah jam. Diketahui cahaya bergerak 300,000 km sesaat. Sebesar manakah ia?


Apakah kita melihatnya hanya sebagai dongengan ahli astronomi sedangkan kita tahu Allah Maha Besar, berkuasa ke atas sesuatu dan Kursinya luas terbentang? Mengapa kita sempitkan dengan bumi datar berkubah. Tidak menyalahi iman untuk bertasbih memuji kebesaran kuasa Allah tatkala melihat imej ini.

Lalu bagaimanakah imej galaksi ini diambil dari luar sedangkan kita berada di dalamnya?

Sebenarnya manusia hanya mengambil gambar gambar, memancar dan menerima frekuensi radio yang memplot jisim dan pantulan serta titik-titik bintang dengan mengukur pergerakan dan perselisihan saiz gelombang dari sekitar langit paling dekat.

Dari imej itu didapati gumpalan bintang gemintang paling terang berkumpul di kawasan yang dipertengahannya tidak diketahui cahaya apakah yang sanyat besar. Sehingga 10,000 tahun cahaya lebarnya.

Kemudian setentang dengan itu merupakan bintang -bintang yang tidak terlalu padat. Di kiri dan kanan antara kedua-dua ini, taburan bintangnya lebih rendah lagi dari keduanya. Maka dapatlah dianggar, dilukis dan dibayang bagaimanakah rupa galaksi Bima Sakti ini.

Wahai umat jin dan manusia jika kamu sanggup menembus/melintasi penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan bisa menembusnya melainkan dengan sulthan (kekuatan/ilmu) Ar Rahman 33

Allah memberi peluang kepada umat manusia keseluruhannya untuk teroka ke cakrawala dan teras bumi jika ada ilmu. Setakat ini, ahli astronomi hanya mempunyai teleskop dan radio frekuensi tinggi untuk mengkaji angkasa lepas. Jika dikehendaki, nescaya tiada pancaran gelombang yang tiba dari jisim-jisim yang jauh ini dan nescaya dihalang teropong mereka dari mengintai-intai. Tentu sahaja ada hikmah untuk hambanya yang mahu berfikir. Cuma sahaja melalui tangan orang yang tidak beriman.


TIDAK MUNGKIN MATAHARI MENGELILINGI BUMI.

Jika matahari mengorbit bumi, ia perlu mengorbit mengikut arah jam dalam masa 24 jam untuk melengkapkan putaran bagi memastikan matahari terbit dari timur setiap hari. Untuk bulan selesai mengorbit bumi yang tidak berputar mengikut arah jam pula mengambil masa 25 jam.

Tidak mungkin bagi bulan mengelilingi bumi statik mengikut lawan arah jam jika matahari mengelilingi bumi mengikut arah jam kerana dengan demikian ia akan terbit dari barat.

Masa 25 jam yang diambil ini berpandukan jika kita lihat bulan terbit lewat satu jam setiap hari. Bukankah ia bagai matahari mengejar bulan dalam berselari mengorbit bumi? Dalam perlumbaan itu matahari sudah tentu mendapatkan bulan setiap 29 hari? Sedangkan ia dinafikan surah Yasin ayat 40.

Semua planet yang diorbit tidak statik. Mengambil contoh planet-planet yang mengorbit matahari kerana matahari itu sendiri sebentuk tenaga yang berputar atas paksinya mengikut arah lawan jam.

Yang sedemikian pun, planet Mercury yang terhampir dengan matahari pun hanya dapat menyelesaikan satu pusingan dalam tempoh 88 hari. Tenaga apakah yang ada pada bumi yang basah, dingin, yang diam dan kaku untuk menjadi paksi matahari dalam melengkap pusingannya sepantas 24 jam dan bulan dalam tempoh 25 jam?

Hakikatnya bulan yang tidak bergraviti itu pun bumi hanya mampu menanggung kepaksian pada kadar 29 hari setiap pusingan lengkap.

Transit Venus melintasi matahari 5 Jun 2015


Kita tentu pernah lihat heboh dan terujanya peminat ilmu falak apabila salah satu antara dua planet  yang terletak di antara bumi dan matahari, betul betul melintasi dihadapan matahari melalui teleskop di sana sini disaksikan jutaan manusia tanpa pemanipulasian imej oleh sesiapa.

Kewujudan planet-planet seperti Mercury, Venus, Marikh, Jupiter, Uranus, Saturn dan Neptune yang turut mengorbit matahari mengikut arah lawan jam tidak boleh dinafi sesuka hati. Kewujudannya sebagai bintang terang yang kita selalu lihat bukan dongeng. Laluannya dihitung, dan menjadi buah hati ahli-ahli falak. Bintang-bintang ini turut telah difirmankan oleh Allah di dalam Al Quran.

Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang, Ash Saffaat 6

Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami(nya), An Nahl 12



Venus dan Jupiter berselisih 2015

Adakah pula matahari yang berada di belakang bulan (untuk membentuk fasa bulan) mengorbit bumi dalam masa 24 jam  dan pada masa yang sama diorbit oleh bintang-bintang (planet) itu. Tambahan lagi, kita pernah juga dahulu melihat komet di langit malam dalam lingkaran mengorbit matahari dan terlihat seperti bergerak perlahan kerana jauh jaraknya hingga terlihat di langit selama berhari-lagi sebelum kembali menjauh.

Juga bagaimana pula dengan bintang-bintang lain bergantian sepanjang tahun melengkapkan pusingan menghias langit malam terutamanya di kawasan Khatulistiwa yang tidak mungin kita dapat di saksikan saban tahun jika bumi tidak mengorbit matahari.

Dengan matahari itu sendiri berputar pada paksinya mengikut arah lawan jam, jelas segala-galanya berpusar mengikut sunnatullah kecuali jika matahari mengelilingi bumi kerana tentu sekali ia perlu mengikut arah jam dan membawa bulan untuk bersama mengelilingi bumi mengikut arah jam.

Allah menyatakan bahawa segala tanda-tanda kebesarannya di angkasa dapat dilihat dan dipelajari oleh orang-orang yang mahu berfikir. Sebagai Tuhan sekelian alam kepada seluruh umat manusia, Allah mengkurniakan pengetahuan kepada sesiapa dikehendakiNya tanpa batas walaupun kepada orang kafir. Mungkin ada pengajarannya untuk kita pula nilaikan dengan akal sendiri.

Wallahua'lam Bissawab.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,  Ali Imran 190

 Al Quran itu sebenar-benar petunjuk. Tiada keraguan yang ada padanya. Bahasanya indah, mengajak kita berfikir.

6 ulasan:

  1. Casinos Near Casinos & Casinos - Mapyro
    Find the best and newest casino and slots at Mapyro. Use your 양주 출장안마 mouse to 순천 출장샵 check 원주 출장마사지 addresses, 부산광역 출장샵 see if 논산 출장안마 they fit your needs, and navigate through the games and payouts.

    BalasPadam
  2. No.1 bumi tidak berputar dan tidak bergerak mengelilingi matahari. Sebab kalau bumi berputar maka perjalanan manusia tidak akan seimbang, tempoh perjalanan kapal terbang tidak boleh fixed.

    2.Yang sebetulnya matahari dan bulan mengelilingi bumi. Sebab sememangnya semua makhluk tawaf kaabah. Matahari dan Bulan mengelilingi bumi bukan bermaksud mengelilingi bumi tetapi mengelilingi kaabah.

    BalasPadam
  3. 1 bumi tidak berputar dan tidak bergerak mengelilingi matahari. Sebab kalau bumi berputar maka perjalanan manusia tidak akan seimbang, tempoh perjalanan kapal terbang tidak boleh fixed.

    2.Yang sebetulnya matahari dan bulan mengelilingi bumi. Sebab sememangnya semua makhluk tawaf kaabah. Matahari dan Bulan mengelilingi bumi bukan bermaksud mengelilingi bumi tetapi mengelilingi kaabah.

    3.Ya semua planet berada pada paksinya.tetapi bumi tidak berputar dan tidak pula bergerak mengelilingi makhluk2 lain di galaksi.

    4.Ilmu sains menyatakan bumi mengelilingi matahari dan bulan adalah bercanggah dengan quran, kerana ia telah diselewengkan oleh golongan musyrik yang bertuhankan matahari atas nama "dewa sol omon".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni mesti tgok video ustaz tu la.. dia ahli agama bkn ahli fizik.. ahli fizik berpandukan teori dan kajian yg praktikal berbantukan sistem dan peralatan yg mnunjukkan bukti2 yg sahih..x dpt d nafikan..

      Padam
  4. sains modern salah dan bercanggah didalam Alquran.. ALquran dan kitab2 lain seperti Taurat injil pun mempunyai maklumat yang sama dimana bumi tidak bergerak dan matahari mengelilingi bumi...fakta sains barat itu dari NASA yang merupakan penipu dalam memberi maklumat since mereka pun tidak sampai ke bulan..kerana hanya sekali saja sampai ke bulan pada 1960 dimana teknologi masih tidak canggih dan tiada handphone daninternet..hanya tv hitam putih..namun mereka berjaya menipu 1 dunia mereka sampai ke bulan.. namun sehingga kini 2022 teknologi sudah modern mereka masih x sampai ke bulan kali ke 2...

    BalasPadam