Selasa, 27 Mac 2012

Masuk Hutan Naik Motor Sorang-Sorang

Pada suatu hari yang indah dan murni, burung-burung pun bergembira. Tarikhnya 11.3.12.  Saya dengan penunggangan solo berjenterakan sebuah jentera dua tayar (motor da.. ) jenama Modenas, berazam untuk tiba di Kg. Sungai Choh, sebuah perkampungan orang asli yang terletak jaaaaauuuh di dalam hutan yang tebal lagi penuh mergastua dan mergasmuda.

Hutan rimba indah yang bermain di kepala hanyalah tipu daya Google Maps semata-mata. Kerana kini hutannya telah gondol seperti kepala director Ahmad Nisfu.

Lihatlah kemusnahan belantara akibat tangan manusia. Mujurlah tangan manusia. Kalau tangan Godzilla, sudah tentu huru hara bumi ini dibuatnya. Seram lah.

Setelah menunggang motor naik bukit turun bukit sejauh 14 kilometer dari Institut Perguruan Ipoh, saya pun tiba di Kg. Sg. Choh. Keadaan kampung sangat sunyi. Hari Nyepi kah? Tetiba Bali plak. Tidak. Tiada yang beragama Hindu Bali di sini. Semuanya Islam , animisme dan Kristian adanya jua.



Inilah surau yang ada di kampung ini. Membuktikan pengaruh Islam telah tiba sejak abad ke 4 Masehi. Jangan tipu yer. Nabi Muhammad pun lahir abad ke 8. Malang bagi penduduk di sini, mereka tidak lagi dibekalkan dengan bekalan elektrik! Teruknya wakil rakyat kat sini. Siapa agaknya yer?

Oih. Barisan Nasional rupanya. Takpe lah. Oleh kerana saya undi BN, saya wajiblah memaki hamun pengabaian wakil rakyat kawasan ini kerana penduduk di sini tidak dibekalkan bekalan elektrik lagi. You mau dia undi you, dia undi you. Dia mau you tolong kasi letrik, sampai syurga dia menunggu.

Oh... penduduk kampung sedang makan kenduri kat rumah Tok Batin. Anak perempuan tok batin menikah. Oleh sebab hujan lebat, saya pun dijemput singgah dan dilayan berborak oleh anak tok batin bernama Alan. Ada tokoh ganti bapak kau ni. Saya dipersembahkan dengan tarian sewang nyanyian karaoke yang terhenti akibat minyak generator habis. 

Belum sempat hujan berhenti, saya dulu yang berhenti dari berharap agar hujan berhenti, dan cabut lari turun ke dunia sakai darat. See you again Tok Batin Hadi and Alan anak Hadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan