Memaparkan catatan dengan label destinasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label destinasi. Papar semua catatan

Khamis, 14 Jun 2012

Bila Belakang Lokeng Pun Dah Mahal!

Ahad 10 Jun 2012, aku pun ke Lokeng, Ipoh bagi menziarahi pasar karat termasahor yang dah lebih 10 tahun aku tak pergi. Last aku tengok Lokeng ni pun dari cerita Sepet arahan arwah Yasmin Ahmad. Dah arwah pun arwah tu. 

Lokeng mendapat nama dari kawasan perniagaan ini pada tahun 60an yang terletak di Jalan Lam Looking. Dari nama itu lekat nama 'Belakang Lokeng' kerana letaknya di belakang Jalan Sultan Idris Shah atau dulunya Brewster Road. 

Belakang Lokeng memberi maksud hina dina, murah dan low class. Contohnya : "Cantik tak jam aku?" " Eleh, jam macam ni belakang lokeng belambak." Gitulah adanya jua. 

Nama "Belakang Lokeng" kemudian hanya tinggal "Lokeng" kerana ia dipindahkan ke People's Park, sebuah taman rekreasi yang diubah menjadi tempat letak kereta di pinggir jambatan Sungai Kinta di Jalan Sultan Iskandar atau nama tuanya Hugh Low Street pada tahun 70an. 

Lokeng berubah dari tempat 'low class' kepada syurga fesyen dari kasut, baju dan seluar bundle yang merebak pada hujung tahun 90an. Ia kemudian dipindahkan ke Pasar Besar Ipoh apabila People's Park dibangunkan semula sebagai taman rekreasi pada tahun 2003. 

Pada tahun 2007, ia dikembalikan ke tempat asalnya di Jalan Lam Looking dan diberi nama Memory Lane.  

Tutup cerita, ingin ler aku nasihatkan kepada kekomer, para kaki bundle Lokeng, udah-udah ler mengharapkan kasut bundle murah kat sana. Paling murah sepasang RM60. Baik pegi Downtown Cheras dekat-dekat raya. RM30 pun boleh dapat. Sekian.










Selasa, 27 Mac 2012

Masuk Hutan Naik Motor Sorang-Sorang

Pada suatu hari yang indah dan murni, burung-burung pun bergembira. Tarikhnya 11.3.12.  Saya dengan penunggangan solo berjenterakan sebuah jentera dua tayar (motor da.. ) jenama Modenas, berazam untuk tiba di Kg. Sungai Choh, sebuah perkampungan orang asli yang terletak jaaaaauuuh di dalam hutan yang tebal lagi penuh mergastua dan mergasmuda.

Hutan rimba indah yang bermain di kepala hanyalah tipu daya Google Maps semata-mata. Kerana kini hutannya telah gondol seperti kepala director Ahmad Nisfu.

Lihatlah kemusnahan belantara akibat tangan manusia. Mujurlah tangan manusia. Kalau tangan Godzilla, sudah tentu huru hara bumi ini dibuatnya. Seram lah.

Setelah menunggang motor naik bukit turun bukit sejauh 14 kilometer dari Institut Perguruan Ipoh, saya pun tiba di Kg. Sg. Choh. Keadaan kampung sangat sunyi. Hari Nyepi kah? Tetiba Bali plak. Tidak. Tiada yang beragama Hindu Bali di sini. Semuanya Islam , animisme dan Kristian adanya jua.



Inilah surau yang ada di kampung ini. Membuktikan pengaruh Islam telah tiba sejak abad ke 4 Masehi. Jangan tipu yer. Nabi Muhammad pun lahir abad ke 8. Malang bagi penduduk di sini, mereka tidak lagi dibekalkan dengan bekalan elektrik! Teruknya wakil rakyat kat sini. Siapa agaknya yer?

Oih. Barisan Nasional rupanya. Takpe lah. Oleh kerana saya undi BN, saya wajiblah memaki hamun pengabaian wakil rakyat kawasan ini kerana penduduk di sini tidak dibekalkan bekalan elektrik lagi. You mau dia undi you, dia undi you. Dia mau you tolong kasi letrik, sampai syurga dia menunggu.

Oh... penduduk kampung sedang makan kenduri kat rumah Tok Batin. Anak perempuan tok batin menikah. Oleh sebab hujan lebat, saya pun dijemput singgah dan dilayan berborak oleh anak tok batin bernama Alan. Ada tokoh ganti bapak kau ni. Saya dipersembahkan dengan tarian sewang nyanyian karaoke yang terhenti akibat minyak generator habis. 

Belum sempat hujan berhenti, saya dulu yang berhenti dari berharap agar hujan berhenti, dan cabut lari turun ke dunia sakai darat. See you again Tok Batin Hadi and Alan anak Hadi.

Bukit Aman, Ulu Kinta


Masa mula pindah sini 30 tahun dulu, kitorang main bola je atas jalan ni. Tapi jauh di sudut hatiku, cewah, aku sangat-sangat teringin nak gi bukit kaler hijau muda yang ada kabel elektrik voltan tinggi sanun. Dulu-dulu kitorang panggil Salem High Country. Memandangkan sekarang iklan Salem dah tak ada dalam TV, abaikanlah.


Akhirnya, pada 24.3.12 , 29 tahun lepas berpindah ke sanun, aku berjaya sampai ke Salem High Country yang indah dipandang, rupanya tanahnya tak subur. Huhu. Penduduk kawasan Ulu Kinta panggil bukit ni Bukit Aman. Agaknya cawangan Bukit Aman nak bukak atas ni kot.


Hanya pokok kemunting, kemuncup dan asam apa ke nama yang selalu tumbuh tepi lombong tu je yang ada termasuk belukar-belukar kontan. Pun boleh. Ini kerana tanahnya terdiri dari kerikil berferum dan mangan. Walawei. Pandai lak aku istilah tu. Patutlah dari zaman dinosor lagi takde pokok kayu tumbuh.


Walaumacammana pun, pengalaman berada di atas bukit ini memberikan kepuasan, walaupun aku dah sampai Bangkok, Phuket, Jakarta, Bandung, rupanya, tempat secantik ini yang dekat dengan rumah aku, baru lah aku jejaki. Malu.. malu..


Impian aku ialah, untuk menduduki rizab TNB bawah kabel ni. Kalau tak boleh buat tempat bercucuk tanam, apa salahnya kita buat tempat bercucur tanam. Buat kubur da.. ala2 Nirvana Memorial Park, jual satu lot RM1 juta kat Cina. The expensive way to go to hell. Ops..