Singapura dilanda jerebu paling teruk dalam sejarahnya apabila Indeks Pencemaran Piawai (Pollutant Standard Index - PSI ) di sana mencecah tahap 'berbahaya' dengan bacaan 321 pada jam 10 malam tadi. Walaubagaimanapun ia turun ke paras 'sangat tidak sihat' iaitu 282 sejam kemudian.
Imej dari Straits Times pada jam 9.10 malam 18 Jun 2013 malam tadi di Toa Payoh, Singapura.
Walaupun dengan bau asap kayu yang kuat, pelancong asing cuba membiasakan diri di Singapura. - REUTERS
Kemuncaknya berlaku pada hari Jumaat 21 Jun 2013 jam 12:00 tengah hari apabila PSI mencatatkan bacaan 401 yakni SANGAT BERBAHAYA. Ia ibarat setiap warga Singapura yang terdedah kepadanya, sedang merokok tanpa henti.
Bacaan di Singapura berlanjutan dalam lingkungan tidak sihat sehinggalah pada hari Sabtu 22 Jun 2013 jam 3:00 petang, bacaan mula ke tahap sederhana. Sehingga jam 6:00 petang, bacaan PSI di Singapura ialah pada 73. Dan langit Singapura kembali cemerlang beransur-ansur.
SUMBER : THE STRAITS TIMES
Tiada ulasan:
Catat Ulasan