Rabu, 3 Julai 2013

Keganasan Penyokong Bolasepak Indonesia

Anda heran mengapa pasukan Malaysia menaiki kereta perisai di Stadium Gelora Bung Karno beberapa ketika yang lalu? Masih beruntung kita kerana tiada insiden melampau seperti apa yang berlaku dua minggu lalu di stadium yang sama, membabitkan pertembungan pasukan Persija (Jakarta) dan Persib (Bandung).

Bas yang dinaiki pasukan Persib di baling batu hingga pecah cermin oleh penyokong Persija yang digelar Jakmania sehingga memaksa pemandu bas memandu bas keluar dari situ bagi membolehkan pemain Persib yang luka terkena serpihan kaca dirawat.

Bagi membalas dendam, penyokong Persib berkumpul di pondok tol lebuhraya ke Jakarta merosakkan kenderaan berplet B yang menandakan kenderaan berpendaftaran Jakarta. 

Bukan itu sahaja, sebuah kereta berplet B juga dihantam di tengah-tengah Bandung oleh ratusan penyokong Persib yang mengamuk.

Kekalutan di Stadium Gelora Bung Karno ulah Jakmania tahun lalu mengakibatkan 3 orang penyokong Persib mati dipukul.

Tentulah kita faham kini bahawa sebab musabab pasukan kita berkereta perisai di sana. Beruntung sahaja penyokong bolasepak negara kita masih rileks walaupun Liga Malaysia, Singapura yang juara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan