Selasa, 2 Julai 2013

Bila Kendall Jenner Meminanti Lagu Yuna

Walaupun dah separuh bulan kisah berlalu, aku tak pulak tahu asal muasal kisah adik tiri Kim Kadarshian ni punya tweet.

Semalam ketika menelusuri lagu Yuna satu persatu, seperti kelakuan biasa aku bila tidur awal, bangun dinihari, aku terbaca komen-komen di lagu Lullabies nya.

Ternyata ramai penonton masuk ke situ setelah membaca tweet Kendall yang menulis  "Lullabies- Yuna. my all-time fav! such a beautiful song".

Dari situ barulah aku kenal sapa Kendall sepertimana peminat-peminatnya mula mengenal Yuna. Reverse Osmosis sangat kan?

Apa pun,  tidak dinafikan lagi bahawa lagu-lagu Yuna telah mencuri deria pendengaran peminat lagu-lagu sentimental yang dilantun dengan gemersik suara seorang gadis Melayu tulen yang berjaya mengalunkan suara Inggeris kemelayuan dengan baik sekali.

Sementelahan lain, Agnes Monica, artis Cina Indonesia, yang mula ke Amerika Syarikat untuk berduet dengan Timbaland bagi lagu "Coke Bottle" kini menjadi taruhan jiran sebelah rumah kita dalam menangkis populariti Yuna yang tidak terkendali oleh mereka.

Selamat berjuang Agnes Monica. Bezanya Yuna tetap tertutup manakala Agnes Monica semakin terdedah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan