Stesen Keretapi Tanjong Rambutan banyak nostalgia pada teman. Bermula seawal 1983, stesen ini digunakan oleh keluarga kami untuk pulang ke kampung di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seawal ingatan aku, tambang Tanjong Rambutan ke Bukit Mertajam pada waktu itu ialah RM6.70 bagi penumpang dewasa.
Stesen ini terus aku gunakan sehingga zaman aku kerja di Kuala Lumpur di tahun 2003 dan kali terakhir aku menggunakannya ialah pada tahun 2008. Selepas itu, ketika aku nak tempah tiket KL Sentral - Tg Rambutan, aku dimaklumkan bahawa stesen keretapi Tanjong Rambutan tidak lagi menjadi hentian mana-mana keretapi penumpang.
Hari ini, stesen Tanjong Rambutan sedang mengalami peminggiran yang mutlak. Laluan keretapi utara-selatan berkembar dan berkuasa elektrik telah dibina pintasan dan ini membuatkan stesen keretapi Tanjong Rambutan akan hilang dari pandangan pengguna keretapi.
Untuk itu, aku dedikasikan video ini untuk Stesen Keretapi Tanjong Rambutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan