Rabu, 10 Julai 2013

Ini Asal Usul Nasi Ganja Di Ipoh

Asal nama Nasi Ganja ialah apabila tibanya bulan puasa, ianya dijual seperti menjual dadah kepada umat Islam yang tidak mahu berpuasa. Ia dijual seperti drive-through di lorong sebelah kanan kedai tersebut dan Nasi Ganja yang siap dibungkus dengan suratkhabar dan plastik dibungkus pula ke dalam plastik jinjing berwarna hitam.

Ramai orang luar Ipoh kerap mencari kedai menjual Nasi Ganja di Ipoh yang terletak di Jalan Yang Kalsom. Bila ditanya mengapa nasi tersebut dipanggil Nasi Ganja, penjualnya berbohong dengan mengatakan keenakan nasinya boleh membuatkan orang ketagih.

Di Ipoh, umat Melayu terdahulu menyebutnya Nasi Ganja. Umat Melayu terkemudian menyebutnya Nasi Wonggey yang berasal dari perkataan Tamil ' Vanggey' yang bermaksud 'mari'. 

Ini kerana penjual Nasi Ganja ini sepanjang tahunnya memanggil orang supaya singgah di kedainya dengan laungan 'vanggey, vanggey, vanggey' . Maka bersepahlah pula cawangan Nasi Vanggey di Ipoh kemudiannya.

Semoga Ramadhan kali ini membuatkan pengusaha Nasi Ganja ini tidak lagi mengaut untung dari perbuatan berdosa umat Islam lain.

Juga adalah diharapkan umat Islam di Ipoh telah berubah dengan tidak menjadikan Nasi Ganja ini sebagai penyebab untuk tidak berpuasa.

Semarakkan Hari Raya Dengan Kad Ucapan Tradisional

Pos Malaysia memberi sehingga 2 Ogos ini untuk pengeposan kad raya bagi memastikan penerima menerimanya sebelum Hari Raya. Sekali sekala, apa salahnya kita menghantar kad raya. Sudahlah setahun sekali sahaja kita menghulur kepada Pos Malaysia, manfaatkan ia sebagai jambatan pengikat persahabatan yang mudah longgar di jejaring sosial.




Hantar kad raya sebelum 2 Ogos - Pos Malaysia

KUALA LUMPUR 10 Julai - Pos Malaysia menasihatkan orang ramai agar mengirimkan kad ucapan Hari Raya sebelum 2 Ogos, untuk memastikan kad tersebut sampai kepada penerima sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pos Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini berkata, syarikat itu akan terus menawarkan kadar sama rata 50 sen bagi penghantaran kad raya kepada mana-mana bahagian di Malaysia, agar lebih ramai boleh menghantarnya kepada rakan dan anggota keluarga, pada kadar yang lebih murah daripada pos biasa.

"Kadar promosi 50 sen akan ditawarkan mulai 8 Julai hingga 16 Ogos. Kadar ini terpakai untuk semua saiz kad ucapan Hari Raya yang beratnya tidak melebihi 50 gram," menurut kenyataan itu.

Pos biasa sebelum promosi untuk mel standard yang beratnya kurang 20 gram ialah 60 sen dan 70 sen bagi mel berat di bawah 50 gram, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Shukrie Mohd Salleh berkata, pihaknya memahami trend perubahan rakyat Malaysia yang memilih alternatif lain berkomunikasi seperti melalui media sosial, telefon bimbit dan gajet elektronik.

"Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia masih menghargai sentuhan peribadi untuk menghantar kad ucapan fizikal untuk mengucapkanya kepada rakan dan orang tersayang," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Gadis Melayu Bukit Mertajam Jadi Ahli Majlis MPPP

Lim Guan Eng melantik seorang gadis Melayu dari Bukit Mertajam menjadi ahli majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang.dilihat satu lagi kaedah mewayangkan penglibatan kaum lain dalam organisasi 'rejim'nya.


Lantikan Perempuan Melayu DAP Sebagai Ahli Majlis MPPP - Satu Lagi Tradisi Dinasti Joseph Lim 




DAP bermain wayang lagi. Seorang anak gadis muda dilantik sebagai seorang Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Majlis angkat sumpah berlangsung pagi semalam. Agak janggal bagi gadis Melayu ini yang berdaftar di DAP Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam ditugaskan sebagai Ahli Majlis MPPP dan bukannya di kawasannya sendiri di Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSJ). 

Bacaan lanjut :Cucu Tok Selampit

Selasa, 9 Julai 2013

Pengadil Dibelasah Dipenggal Kepala, Dikerat Tangan Dan Kaki

Akibat bertengkar di tengah padang bola, seorang pengadil sebuah perlawanan kampung berumur 20 tahun menikam seorang pemain yang enggan keluar padang selepas dilayangkan kad merah bertubi-tubi. Akibatnya, keluarga pemain tersebut masuk ke padang, membelasah remaja tersebut , memenggal kepalanya, mengerat kedua-dua kaki dan tangannya. Mangsa yang ditikam si pengadil malang ini turut mati di hospital.


SAO PAULO: Seorang pengadil maut dibelasah dan dipenggal oleh penonton apabila dia menikam mati seorang pemain kerana enggan keluar padang selepas diberi kad merah. 

Pengadil itu, Octavio da Silva, 20, menikam Josenir dos Santos, 30, dalam perlawanan yang berlangsung 30 Jun lalu, kata jurucakap polis, Kena Souza. 

Dos Santos tidak bersetuju dengan keputusan da Silva bahawa dia melakukan kesalahan. 


Selepas bertikam lidah, da Silva menunjukkan kad merah terhadap dos Santos yang kemudian enggan keluar padang. 

Da Silva dilihat mengeluarkan pisau dan menikam dos Santos beberapa kali yang maut dalam perjalanan ke hospital. 

Penonton termasuk kawan dan ahli keluarga dos Santos kemudian masuk ke padang dan membelasah da Silva sebelum memenggal kepalanya yang diletak pada satu pancang. 

Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan pada 2 Julai lalu berhubung kejadian itu yang masih disiasat, kata Souza. 
Polis dilaporkan mencari dua lelaki lagi dikenali sebagai ‘Chiquinho’ dan ‘Pirolo’, lapor beberapa blog Brazil. 

Bercanggah undang -undang 

Ketua Polis Santa Ines, Valter Costa, mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Saksi memberi laporan mengenai orang yang berada di tempat kejadian. Kami akan kenal pasti mereka yang perlu bertanggungjawab atas kejadian itu. 

“Jenayah tidak boleh jadi alasan untuk membalas dendam jenayah lain. Tindakan ini bercanggah dengan undang-undang.” 

Brazil menghadapi tekanan supaya membuktikan ia adalah selamat untuk kedatangan pelancong di 12 kota tuan rumah Piala Dunia 2014 selain kejohanan Olimpik di Rio de Janeiro pada 2016. - REUTERS