Sabtu, 31 Mac 2012

Melayu Pun Makan Babi?


Trend mentekedarah nampaknya telah berubah dari zaman ke zaman. Dari Zaman Khan ke Zamani Slam. Makanan Melayu mula diperketedarahkan oleh orang Cina dan makanan Cina mula dipolok ke mulut oleh orang Melayu. Sampai ler aku pernah terjumpa orang Melayu menjual Chee Cheong Fun.

Hebat la tuh. Kan.. kan.. kan.. Kannina. Depa tau ka apa maksud Chee Cheong Fun? Chem fun mungkin la tau. Chee cheong fun itu apakah artinya wahai pendita yang mulia. Cewah.

Chee Cheong Fun itu ialah beras yang ditanak, dilenyek dan di bentuk dalam kepingan seperti kuetiau, dilumur minyak, kemudian dikukus dan dipotong untuk di makan bersama kuah cili dan kuah petis udang dengan ditabur abijan bijan. Sama seperti Yong Tau Foo la rasa kuahnya. Cuma surname lain-lain. Satu Chee satu Yong.

Rasanya sudah tentulah tidaklah sesedap mana tetapi ia merupakan makanan murahan yang dahulunya digemari oleh golongan papa kedana dalam masyarakat Cina. Depa apa pun makan. Tak gitu?

Tetapi rupa-rupawannya, aku dapat tahu dari kawan teman berbangsa Cina, dia cakap, orang Melayu jangan makan Chee Cheong Fun. Kenapakah tidak? Beracun kah? Berbabi kah? Ya. Berbau-bau babi. Bagaimanakah itu bah?

Begini bah, Chee Cheong Fun bermaksud Kuetiau Usus Babi. Bukan kerana dia dalam babi ada duduk. Tiada babi. Nehi. Tiada babi terlibat dalam pembikinan Chee Cheong Fun. Ia cuma adalah sebutan keadaannya yang kononnya menyerupai usus babi.

Apa salahnya? Nama saja maa. ♫ Kawan dengar ini jawapnya ♫ : " Ini burger, dia punya roti, ada serupa punggung babi. Takmau mau panggil roti punggung babi meh? "

Yer tak yer juga. Sepuluh markah diberi. Hebatlah kau. Tapi apsal tak masuk Islam? Eh, ke situ pulak. 

Dek kerana itu, kawan teman pun menyarankan orang Melayu menyebutnya Ngau Cheong Fun yang bermaksud Kuetiau Usus Lembu. Betapa prihatinnya kawan teman tu. Tapi seberapa prihatinnya orang Melayu yang menjual 'Kuetiau Usus Babi' itu?

Kita tidak akan suka menyamakan benda yang halal dengan benda yang haram. Maka demikian, menyebut Chee Cheong Fun seharusnya memberi maksud yang agak menjijikkan. Terjemahan kata-kata kawan aku itu ke dalam Bahasa Melayu standard. teruk benor bahasa Melayu dia. Sekolah kat Hainan ke apa. 

Tergamak tak kita jual keropok yang kaler pink tu berlubang dua dengan menyebut Keropok Telinga Babi? Haha. Tentulah tidak. Apalah kau..

Mulai hari ini, ikutlah nasihat kawan aku tu dengan menyebut makanan tersebut sebagai 'Ngau Cheong Fun' yer. Lagi sekali.. Ngaauuuu Cheooonggg Fuunnnn... Pandai... Lagi sekali.. Ngaauuuu Cheooonggg Fuunnnn... Pandai ... memang bijak anda semua.. Lagi sekali...... Nagauuuuu Cheonggg Funnnnn.. Bagus!

Jumaat, 30 Mac 2012

Raja Ashman Shah Kembali Ke Rahmatullah



Hujan pagi Jumaat hari ini mengiringi kepergian seorang yang istimewa di mata teman. Kepergian Raja Ashman Shah ibn Sultan Azlan Shah , Raja Kecil Sulung Kesultanan Perak, menghibakan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan. Susuk yang terkenal istimewa ini merupakan seorang yang rendah diri lagi istimewa dengan penampilannya yang menuruti sunnah nabi, jarang-jarang sekali dimiliki oleh anakanda seorang Sultan yang memerintah sesebuah negeri. Raja Ashman mangkat pagi ini, Jumaat 7 Rabiulakhir 1433 bersamaan 30 Mac 2012 akibat serangan asma. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


Kehadapan Duit Yang Kurindui

Sedih tol. Dalam idup aku, sekali je aku pernah pegang duit ni. Tu pun masa tahun 1995. Aku baru abis Form 5, abang aku kirim duit, suruh aku manage renovation rumah mak bapak aku kat Ipoh.

Aku ingat lagi, masa kat hardware, bini Tan siap ada pengimbas ultra-violet untuk check duit aku tu betul ke tidak.  Duit tu keras, kalau pegang terasa kasar dan tulisannya terasa timbul. Takkan la palsu?

Paling sedih, lepas beli barang kat hardware dia, balance yang aku dapat cuma beberapa keping duit seringgit dan sepuluh ringgit. Selepas itu, not RM500 tak lagi aku temui dalam idup aku.

Malangnya, pada tahun 1997, duit yang comel lagi indah ini telah ditiadakan bersama-sama duit RM1000. Nak tau sebab apa, tanya Nallarikek Nallakaruppan, kawan Anwar Ibrahim.

Maka tak merasalah generasi seterusnya untuk memiliki not kertas yang bernilai lebih besar dari gaji sesetengah orang pada waktu itu.





Yang di bawah ni pula, kawan dia yang dah turut pupus. Kenapa pupus? Tanya Nallakaruppan kawan Anwar Ibrahim. Bayangkan anda yang gaji RM1000 sebulan dapat sekeping duit ni setiap bulan. Dan bayangkan pulak mereka yang bergaji bawah RM1000 waktu itu yang menyedari, ada wang kertas yang lebih besar nilainya dari gaji mereka, di pasaran semasa.

Khamis, 29 Mac 2012

Tanah oh Tanah

Di zaman subrakala purbakala, orang teroka tanah ikut suka hati dorang jer. Maklum lah, tanah tengah banyak. Eh, bukan.. Manusia tengah sikit.. Eh.. tanah tengah banyak.. Eh.. apa-apa je lah.

Tapi zaman tu tak ada lagi teknologi. ( nama pun zaman purbakala ) Sekarang dah ada internet. Dah ada satelit map kat Google. Apa lagi. Marking la. Ambik kordinat sesuka hati ibu ayah kita, lepastu kita cari pakai GPS kat telefon.

Bijak ke tidak? Wah wah wah. Masuk bakul angkat sendiri yer. Boleh la kan? Sedangkan masuk lif pun takkan nak suruh orang tekan kan. Melampau namo'eh. Hahaha. Len kali minum susu ibu. Minum susu lembu, maka lembulah ibu susuannya. Eh!

Ingat lagi masa internet mula ada kat mata aku. Kekira 12 tahun nan lalu. Aku tercari-cari kat internet imej satelit untuk mana-mana kawasan kat Malaysia. Yer la.. teringin nak tengok pemandangan dari satelit. Harini, segalanya di depan mata. Nasib baik tak pengsan berbuih mulut sebab terkejut dengan kepantasan teknologi.

Dengan kepantasan teknologi inilah, kini tiba, tika waktunya, ku mencipta kejayaan yang penuh gemilang. Macam lagu patriotik je kan? Dengan kepantasan teknologi inilah kita boleh marking tanah untuk kita teroka.

Macam yang aku nak buat sekarang. Tukar balik Ipoh, kalau tak boleh tukar, berhenti kerja. Aku nak tanah. Dengan tanah yang aku teroka sendiri, usahakan sendiri, Eplai (comel je perkataan tu) sendiri kat PTG. Aku mahu anak cucu aku dapat mewarisi tanah dan kalau dorang nak jual kat Cina, biarlah harganya puluh juta. Tu dia, mentaliti Melayu terserlah. Pun intended sebenornye.

Sekurang-kurangnya tak lah mati papa kedana di rumah teres dua tingkat ratusan ribu pembelian bapak demer yer tak. Eh, jangan terasa. Tersinggung tak pe.

Tanah sangat penting you know. Jangan buat lawak sembang tanah kubur pulak. Kang kena hempok, kerat, bakar, buang sungai baru padan muka korang. Kubur pun takde.


Inilah tanah Malay Reserved yang masih terbuka untuk diterokai bagi tujuan pertanian. Tertera ialah jarak atas peta antara point-point dan anggaran keluasan hektar/ekar bagi setiap segitiga yang akan dibuka secara berperingkat. 

20 tahun lagi dapat la kat aku ye tak. 20 tahun pastu, layak la aku buat kediaman ala bangla banglo di lereng bukit bak kayangan. 20 tahun pastu tanah pun runtuh. Tapi takpe, belum tentu aku ada lagi time tu. Hahaha.

Ei.. tak sabor rasenyer awak nak gi site Sabtu ni. Yabedaberudu! 

Mengapa Saya Tidak jadi Penyanyi

Kejadian berlaku ketika saya berumur 7 tahun. Saya suka menyanyi. Setiap hari saya menyanyi lagu Layang-Layang Putus Tali, dari kumpulan Alleycats yang popular pada waktu itu. Saya boleh membaca pada waktu itu walaupun saya tidak pernah masuk tadika. Sebab saya tidak minum susu lembu. Saya minum santan je.

Oleh yang demikian, saya telah berjaya menghafal lagu Alleycats tersebut hasil membaca dan menghafal dari lirik lagu yang terselit di URTV.

Oleh kerana kemenyampahan dengan sikap saya yang suka menyanyi di dalam kelas, Cikgu Salmah, Cikgu Syarifah dan Cikgu Faridah telah mendajeikan saya dengan menyuruh saya membuat persembahan. Hebat tak saya ingat lagi nama dedemer ni walaupun kejadian telah berlalu 27 tahun lalu. Nak hebat macam saya jangan minum susu yer. Minum santan.

Rupa-rupanya, di hari persembahan, barulah saya tahu yang berjuta-juta penonton sedang menantikan persembahan saya yang mewakili murid tahun satu SK La Salle, Canning Garden, Ipoh pada Hari Kanak-Kanak 1985.

Saya menangis tidak mahu pergi sekolah. Kakak saya suruh pergi jugak. Mak saya dah goreng karipap banyak dah untuk bekal potluck. Sebab kesian kat mak saya yang bangun pagi goreng kuih walaupun saya tahu mak saya beli kuih tu kat gerai Cik Nab, saya sedih sebab mak saya terpaksa beli kuih karipap sebanyak RM3.00 untuk potluck itu. RM3.00 masa tu dapat 30 ketul karipap you know. Makan sampai pengsan kalo dilahap sensorang.

Rupa-rupanya kesedihan saya menjadi hiburan kepada ketiga-tiga cikgu Melayu nakal ini dan mereka terus memujuk. Sungguh biadap mereka ini. Guru Besar, Rev. Bro. Lucian Ng yang baik hati itu juga terbabit mendajeikan saya dan akhirnya saya menangis lalu menyanyi di atas pentas.

Nyanyian bersulam tangisan saya menjadi sorakan penonton yang menyangka ianya rektorik persembahan lagu berair mata yang sebenarnya tidak! Uwaaaaa. Saya menangis mengenangkan kenapa saya perlu buat show pada usia sebegini muda hanya untuk menghiburkan sesetengah pihak yang suka tengok saya menangis.

Sebab itulah saya tidak menjadi artis kerana saya tidak mahu persembahan saya dipergunakan untuk kesenangan pihak tertentu. Alasan macam ni boleh ke tidak?

Rabu, 28 Mac 2012

Kenangan Zaman Kanak-Kanak I


Masa aku kecik-kecik, kat padang surau ini la tempat aku bermain panas dan hujan. Main bola, main combat, main lopak air hujan. Ia menjadi taman permainan aku dari tahun 1986 sampai 1991. Lepas tahun 1991 aku dah sekolah menengah, tak kan la aku nak main ngan generasi seterusnya kat padang ni pulak kan. Nak isap rokok pun susah. Nanti kantoi ngan tok siak.

Tapi paling best kalau main kat surau ni ialah air kelapa muda free yang boleh di ambil bila-bila masa. Sebab tu la saya sentiasa kelihatan muda. Kan.. kan.. (Uwekkk..)

Tak payah pakai parang, kami telah menemui kaedah terbaik untuk mendapatkan air kelapa muda. Nak tau macam mana? Beginilah caranya :


Ala, bukannya rosak kepala paip tembaga tempat wuduk belakang surau tu. Abis pun tersumbat je. Kepala paip tu jugaklah yang membekalkan air minum terus ke tekak masa dahaga main bola. Itulah yang membezakan bekalan air Ipoh dengan bekalan air KL. Kalau kat KL budak-budak minum macamtu, berak hijau la alamatnye, ye tak?

Tapi awas. Jika nasib tak baik, sudah tentu satu lagi permainan akan tercipta di kawasan surau. Iaitu acara lagi kena hambat dengan penyapu. Hahaha.



Hari ni, surau tu dah tak ada. dah ganti surau baru yang baru siap tahun lepas. Pokok kelapa pun dah takde. Cemaner nak minum air kelapa hantam paip lagi? Cemaner nak main kejar-kejar ngan pakcik surau lagi? 

Big Card

Mak-mak pergi pasar, mak beli baju warna apa? Merah! M.E.R.A.H. Haha. Mak aku marah benor lah kalau aku kata nak buat kad kredit ni. Dia tak bagi. Jadi elok la kita jangan melawan ibu kita yer adik-adik. Dosa hukumnya. Neraka tempatnya. 

Oleh itu, sejak member awak zaman dulu, aper ke nama dia.. Haa..Tony Fernandes.. nama dia.. Sejak dia mengilhamkan Tune Money, dapatlah awak pakai kad. Ini namanya kad debit VISA.

Yer benor ke boleh pakai mana-mana. Penyudahnya jadi kad debit BSN awak yang dah jadi sekeping belacan tak bermaruah. Apapun, kita apply je la yer. Sebab senang nak tengok statement kat dalam web.





Ater, aper ditunggu lagi? Moh ler apply. Rugi tak apply dulu-dulu. Awak dah beli tiket Air Asia dekat nak 3000 hengget dah selama awak reti beli tiket dengan demer. Kalau nak ikutkan, dah 1500 point awak dapat. Dah boleh dah awak redeem tiket pergi Hong Kong. 

Maka tak usah dikenanginya lagi. Mohonlah sekarang. Tony, bak mai komisen sikit. Jenuh promot.

Selasa, 27 Mac 2012

Masuk Hutan Naik Motor Sorang-Sorang

Pada suatu hari yang indah dan murni, burung-burung pun bergembira. Tarikhnya 11.3.12.  Saya dengan penunggangan solo berjenterakan sebuah jentera dua tayar (motor da.. ) jenama Modenas, berazam untuk tiba di Kg. Sungai Choh, sebuah perkampungan orang asli yang terletak jaaaaauuuh di dalam hutan yang tebal lagi penuh mergastua dan mergasmuda.

Hutan rimba indah yang bermain di kepala hanyalah tipu daya Google Maps semata-mata. Kerana kini hutannya telah gondol seperti kepala director Ahmad Nisfu.

Lihatlah kemusnahan belantara akibat tangan manusia. Mujurlah tangan manusia. Kalau tangan Godzilla, sudah tentu huru hara bumi ini dibuatnya. Seram lah.

Setelah menunggang motor naik bukit turun bukit sejauh 14 kilometer dari Institut Perguruan Ipoh, saya pun tiba di Kg. Sg. Choh. Keadaan kampung sangat sunyi. Hari Nyepi kah? Tetiba Bali plak. Tidak. Tiada yang beragama Hindu Bali di sini. Semuanya Islam , animisme dan Kristian adanya jua.



Inilah surau yang ada di kampung ini. Membuktikan pengaruh Islam telah tiba sejak abad ke 4 Masehi. Jangan tipu yer. Nabi Muhammad pun lahir abad ke 8. Malang bagi penduduk di sini, mereka tidak lagi dibekalkan dengan bekalan elektrik! Teruknya wakil rakyat kat sini. Siapa agaknya yer?

Oih. Barisan Nasional rupanya. Takpe lah. Oleh kerana saya undi BN, saya wajiblah memaki hamun pengabaian wakil rakyat kawasan ini kerana penduduk di sini tidak dibekalkan bekalan elektrik lagi. You mau dia undi you, dia undi you. Dia mau you tolong kasi letrik, sampai syurga dia menunggu.

Oh... penduduk kampung sedang makan kenduri kat rumah Tok Batin. Anak perempuan tok batin menikah. Oleh sebab hujan lebat, saya pun dijemput singgah dan dilayan berborak oleh anak tok batin bernama Alan. Ada tokoh ganti bapak kau ni. Saya dipersembahkan dengan tarian sewang nyanyian karaoke yang terhenti akibat minyak generator habis. 

Belum sempat hujan berhenti, saya dulu yang berhenti dari berharap agar hujan berhenti, dan cabut lari turun ke dunia sakai darat. See you again Tok Batin Hadi and Alan anak Hadi.

Bukit Aman, Ulu Kinta


Masa mula pindah sini 30 tahun dulu, kitorang main bola je atas jalan ni. Tapi jauh di sudut hatiku, cewah, aku sangat-sangat teringin nak gi bukit kaler hijau muda yang ada kabel elektrik voltan tinggi sanun. Dulu-dulu kitorang panggil Salem High Country. Memandangkan sekarang iklan Salem dah tak ada dalam TV, abaikanlah.


Akhirnya, pada 24.3.12 , 29 tahun lepas berpindah ke sanun, aku berjaya sampai ke Salem High Country yang indah dipandang, rupanya tanahnya tak subur. Huhu. Penduduk kawasan Ulu Kinta panggil bukit ni Bukit Aman. Agaknya cawangan Bukit Aman nak bukak atas ni kot.


Hanya pokok kemunting, kemuncup dan asam apa ke nama yang selalu tumbuh tepi lombong tu je yang ada termasuk belukar-belukar kontan. Pun boleh. Ini kerana tanahnya terdiri dari kerikil berferum dan mangan. Walawei. Pandai lak aku istilah tu. Patutlah dari zaman dinosor lagi takde pokok kayu tumbuh.


Walaumacammana pun, pengalaman berada di atas bukit ini memberikan kepuasan, walaupun aku dah sampai Bangkok, Phuket, Jakarta, Bandung, rupanya, tempat secantik ini yang dekat dengan rumah aku, baru lah aku jejaki. Malu.. malu..


Impian aku ialah, untuk menduduki rizab TNB bawah kabel ni. Kalau tak boleh buat tempat bercucuk tanam, apa salahnya kita buat tempat bercucur tanam. Buat kubur da.. ala2 Nirvana Memorial Park, jual satu lot RM1 juta kat Cina. The expensive way to go to hell. Ops..

Hello

Dari zaman Pentas Sunda belum tenggelam lagi, orang telah menulis blog. Ye ke? Bagaimanakah. Mereka menulis atas kayu-kayu balak yang disebut hari ini sebagai 'log'. Acah mat labu. Haha. kena tipu.

Aku dah tulis blog dari tahun 2004. Ekspresi kebosanan aku di kota metropolitan yang sebenarnya tak besar mana pun ni. Kuala Lumpur je beb. Bagi dok New York, berdarah hidung. Then aku tinggalkan lepas aku dapat transfer Ipoh pada 17.10.2005.

Kemudian aku buat blog lagi. Kali itu, blog aku cumalah manichandran manifestasi kehidupan aku, bersama kawan-kawan aku, juga bersama kekasut kekasih-kekasih tak jadi aku. Blog itu telah membuatkan aku menjadi popular. Gemerlapan lampu limpah yang berkedipan menyinari mukaku hatta di perdu bulu hidungku juga tersimbah limpahan lampu gemerlapan.

Aku menjadi khayal, lupa diri, menjadi orang-orang yang popular. Lebih awal dari Budiey dagu mencipta nama. Lebih awal dari blog-blog politaik bersepah sumpah. Ya aku betul-betul khayal. Ganja, syabu , ecstasy, ketamin, ketam batu lima, kokkain, kokak halim ayam, arak berat, arak ringan, berarak mendung kelabu , semua datang mendampingi aku dan membawa aku hanyut dalam khayalan.

Aku lupa diri, (kau memang lupa diri ).. Keseronokan kerana dikenali ramai membuatkan hidung aku menjadi tinggi. Tak. Hidung ni born this way.  Lalu empayar blog yang aku cipta pun runtuh akibat berbagai skandal yang menimpa diri aku. Aku menjadi lemau lemah dan tidak berdayak berdaya untuk mengawal mabuk populariti yang aku alami. Lalu blog aku pun lesu, bisu, busu dan hapus bak istana pasir diterjah air pasang pagi surut pukul lima.

OK. Puas kena tipu? Berbalik kepada dunia nyata lah yer. Tak baik menipu dan ditipu berjela-jela.

Kini aku kembali bangkit. Bangkit. Yaa. Bangkit.. dari kubur. Hoii. Melampau.  Kini aku kembali menulis blog-blog di landasan yang betul dan tidak hanya mensasarkan pembaca dari golongan tertentu sahaja. 

Seandainya kisah anda tersenarai dalam blog saya untuk diceriterakan, berbanggalah, kerana anda terpilih untuk diketengahkan menjadi tikus makmal blog saya ini. 

Berjumpalah lagi kita yer di posting-posting yang akan selalu dihapdetkan. Baca jangan tak baca. Membaca amalan mulia.

Akhir kata, saya memohon maaf awal-awal sekiranya anda tidak berkenan dengan kaedah penceritaan saya dalam blog ini terutamanya kalau terkait dengan diri anda. Bukan saya teringin sangat untuk menceritakan tentang karenah manusia ni. Cuma kadang-kadang karenah manusia ni yang merayu-rayu saya untuk menukilkan sepatah dua ratus ribu kata.

Yang benar
TUAN TANAH KEDAUNG

(*paparan komputer, tidak perlu tandatangan)