Khamis, 3 April 2014

Taufan baru muncul di Pasifik Barat, ancam Filipina dalam tempoh 5 hari

Depresi tropika 'Five' telah diisytiharkan muncul di Pasifik Barat, di kawasan berhampiran utara Papua New Guinea petang tadi.

Ia memberi ancaman kepada selatan Filipina dalam tempoh 5 hari seandainya kekuatannya meningkat menjadi ribut tropika seterusnya taufan.

Video di bawah adalah cerapan satelit cuaca Jepun dari 2 April 2014 jam 11 malam hingga 3 April 2014 jam 10 malam.




Chokodok Reggae House & Backpackers , Hugh Low St. , Ipoh

Chokodok Reggae House & Backpackers merupakan perhentian para backpackers baru di bandaraya Ipoh terletak di No. 175, Jalan Sultan Iskandar (Hugh Low St.), Pekan Baru, Ipoh.

Menyajikan penginapan untuk backpackers, Chokodok Reggae House seperti namanya, merupakan premis restoran dengan dialuni muzik reggae dan persembahan reggae oleh kumpulan yang dipimpin pemiliknya, seorang anak jati Ipoh.

Gambar  oleh : FARIZ FAIZAL