Trend mentekedarah nampaknya telah berubah dari zaman ke zaman. Dari Zaman Khan ke Zamani Slam. Makanan Melayu mula diperketedarahkan oleh orang Cina dan makanan Cina mula dipolok ke mulut oleh orang Melayu. Sampai ler aku pernah terjumpa orang Melayu menjual Chee Cheong Fun.
Hebat la tuh. Kan.. kan.. kan.. Kannina. Depa tau ka apa maksud Chee Cheong Fun? Chem fun mungkin la tau. Chee cheong fun itu apakah artinya wahai pendita yang mulia. Cewah.
Hebat la tuh. Kan.. kan.. kan.. Kannina. Depa tau ka apa maksud Chee Cheong Fun? Chem fun mungkin la tau. Chee cheong fun itu apakah artinya wahai pendita yang mulia. Cewah.
Chee Cheong Fun itu ialah beras yang ditanak, dilenyek dan di bentuk dalam kepingan seperti kuetiau, dilumur minyak, kemudian dikukus dan dipotong untuk di makan bersama kuah cili dan kuah petis udang dengan ditabur abijan bijan. Sama seperti Yong Tau Foo la rasa kuahnya. Cuma surname lain-lain. Satu Chee satu Yong.
Rasanya sudah tentulah tidaklah sesedap mana tetapi ia merupakan makanan murahan yang dahulunya digemari oleh golongan papa kedana dalam masyarakat Cina. Depa apa pun makan. Tak gitu?
Tetapi rupa-rupawannya, aku dapat tahu dari kawan teman berbangsa Cina, dia cakap, orang Melayu jangan makan Chee Cheong Fun. Kenapakah tidak? Beracun kah? Berbabi kah? Ya. Berbau-bau babi. Bagaimanakah itu bah?
Begini bah, Chee Cheong Fun bermaksud Kuetiau Usus Babi. Bukan kerana dia dalam babi ada duduk. Tiada babi. Nehi. Tiada babi terlibat dalam pembikinan Chee Cheong Fun. Ia cuma adalah sebutan keadaannya yang kononnya menyerupai usus babi.
Apa salahnya? Nama saja maa. ♫ Kawan dengar ini jawapnya ♫ : " Ini burger, dia punya roti, ada serupa punggung babi. Takmau mau panggil roti punggung babi meh? "
Yer tak yer juga. Sepuluh markah diberi. Hebatlah kau. Tapi apsal tak masuk Islam? Eh, ke situ pulak.
Dek kerana itu, kawan teman pun menyarankan orang Melayu menyebutnya Ngau Cheong Fun yang bermaksud Kuetiau Usus Lembu. Betapa prihatinnya kawan teman tu. Tapi seberapa prihatinnya orang Melayu yang menjual 'Kuetiau Usus Babi' itu?
Kita tidak akan suka menyamakan benda yang halal dengan benda yang haram. Maka demikian, menyebut Chee Cheong Fun seharusnya memberi maksud yang agak menjijikkan. Terjemahan kata-kata kawan aku itu ke dalam Bahasa Melayu standard. teruk benor bahasa Melayu dia. Sekolah kat Hainan ke apa.
Tergamak tak kita jual keropok yang kaler pink tu berlubang dua dengan menyebut Keropok Telinga Babi? Haha. Tentulah tidak. Apalah kau..
Mulai hari ini, ikutlah nasihat kawan aku tu dengan menyebut makanan tersebut sebagai 'Ngau Cheong Fun' yer. Lagi sekali.. Ngaauuuu Cheooonggg Fuunnnn... Pandai... Lagi sekali.. Ngaauuuu Cheooonggg Fuunnnn... Pandai ... memang bijak anda semua.. Lagi sekali...... Nagauuuuu Cheonggg Funnnnn.. Bagus!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan