Ahad 10 Jun 2012, aku pun ke Lokeng, Ipoh bagi menziarahi pasar karat termasahor yang dah lebih 10 tahun aku tak pergi. Last aku tengok Lokeng ni pun dari cerita Sepet arahan arwah Yasmin Ahmad. Dah arwah pun arwah tu.
Lokeng mendapat nama dari kawasan perniagaan ini pada tahun 60an yang terletak di Jalan Lam Looking. Dari nama itu lekat nama 'Belakang Lokeng' kerana letaknya di belakang Jalan Sultan Idris Shah atau dulunya Brewster Road.
Belakang Lokeng memberi maksud hina dina, murah dan low class. Contohnya : "Cantik tak jam aku?" " Eleh, jam macam ni belakang lokeng belambak." Gitulah adanya jua.
Nama "Belakang Lokeng" kemudian hanya tinggal "Lokeng" kerana ia dipindahkan ke People's Park, sebuah taman rekreasi yang diubah menjadi tempat letak kereta di pinggir jambatan Sungai Kinta di Jalan Sultan Iskandar atau nama tuanya Hugh Low Street pada tahun 70an.
Lokeng berubah dari tempat 'low class' kepada syurga fesyen dari kasut, baju dan seluar bundle yang merebak pada hujung tahun 90an. Ia kemudian dipindahkan ke Pasar Besar Ipoh apabila People's Park dibangunkan semula sebagai taman rekreasi pada tahun 2003.
Pada tahun 2007, ia dikembalikan ke tempat asalnya di Jalan Lam Looking dan diberi nama Memory Lane.
Tutup cerita, ingin ler aku nasihatkan kepada kekomer, para kaki bundle Lokeng, udah-udah ler mengharapkan kasut bundle murah kat sana. Paling murah sepasang RM60. Baik pegi Downtown Cheras dekat-dekat raya. RM30 pun boleh dapat. Sekian.