Selasa, 25 Jun 2013

Punca Jerebu : Angin Berubah, Singapura Semakin Pulih, KL Semakin Buruk


Inilah gambaran dari satelit bertarikh 23 Jun 2013 mengenai fenomena jerebu yang mula memburuk di Semenanjung Malaysia selepas angin barat berubah kepada angin barat daya.

Ini pula gambaran dari satelit bertarikh 19 Jun 2013 ketika angin barat bertiup yang membuatkan selatan Semenanjung Malaysia dan Singapura menerimadampak jerebu yang teruk. 

Ini pula pantauan titik panas bertarikh 23 Jun 2013 di Riau, Sumatera.

Secara amnya, hujan sekalipun tidak akan membersihkan kualiti udara di Semenanjung Malaysia selagi punca kebakaran ini tidak diselesaikan kerana tiupan angin barat daya akan terus membawa masuk asap. Apatah lagi ketika musim sekering ini.

Semalam, Presiden Indonesia meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura berikutan fenomena jerebu yang berpunca dari kebakaran di Indonesia. 

Pemantauan jerebu dari satelit bertarikh Isnin, 24 Jun 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan