Dua tiga malam sudah, ketika reronda taman aku selepas terawih, aku saja-saja bebosan snap gambar slow speed shutter untuk kecantikan dinding gunung batu kapur setinggi lebih 400 meter yang disuluh dengan lampu limpah dari The Banjaran Hotsprings & Retreat, yang dahulunya dikenali sebagai Kolam Air Panas Tambun. Jauh sebelum itu, pada tahun 1820an, kawasan tersebut dikenali Bendang Ayer Hangat dan dihuni oleh Datuk Panglima Kinta Ke 5 , Ngah Ghapar, sebelum beliau didapati hilang di kawasan batu kapur tersebut setelah dikatakan dilamar untuk berkahwin dengan anak perempuan pemerintah bunian di kawasan tersebut.
Tanpa disangka-sangka, gambar yang mulanya kelihatan cantik, rupanya menonjolkan bayangan yang menakutkan. Wajah hodoh seperti tengkorak yang masih mempunyai isi di muka dan biji mata sedang menjerit, tergambar jelas.
Seperti biasa, kami kumpulan seekers tak heran ini asyik menikmati beramai-ramai pemandangan tersebut dan masing-masing bercerita tentang potensi pelancongan dari imej yang kelihatan kononnya menakutkan itu. Ditambahan lagi, Cikgu Ali , Ketua Cawangan boleh komen " Itu imej penunggu Sunway yang tak kacau orang". Kurapat ... kurapat tu .
Gitulah kisah kami, golongan mereka yang tidak takut lagi pada hantu hanta ini kerana kami itu pun sebenarnya sebahagian dari hantu hanta ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan