Memaparkan catatan dengan label konfesi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label konfesi. Papar semua catatan

Isnin, 2 April 2012

Aku Ingin Berhenti Jika..

Masa aku mula masuk

Hari ini, genap 9 tahun 3 bulan 9 hari aku bekerja gomen. 4 tahun 6 bulan 9 hari terakhir dari tempoh itu, aku berkhidmat di bahagian ini, di jabatan ini, di kementerian yang sama, menjawat jawatan lantikan kedua.

Aku bertugas di lapangan barua baru yang mana tunggangjawab tanggungjawab aku meliputi kawasan yang besar.  Tetapi kemalangan buat diri aku apabila aku mempunyai bos yang kata-katamu hanya mimpi di siang hari kata-katanya tidak konsisten!

Dua minggu sudah, dia kata, kalau Isnin datang lambat, sebab balik Ipoh, maka baliklah selambat mana aku dah kelambatan di pagi hari. Noted. Aku pun tweet la, fb status la, memuji keprihatinan dia. Minggu lepas aku pun lambat masuk hari Isnin. jam 9.18 pagi. Sebab naik bas jam 5.00 pagi kat Medan Gopeng. Itu belum cerita kisah sedih tidur macam pengemis sambil dihadiahkan lovebite oleh nyamuk-nyamuk dari jam 2.30 pagi sebab itu je time yang dapat ditolong kawan-kawan untuk hantar aku ke stesen bas yang terletak 12 km dari rumah aku.

Minggu ni, aku choba untuk naik bas jam 6.30 petang pada hari Ahad. Niat baik ke tidak? Sebab tak mau lambat pagi Isnin. Tetapi kita hanya merancang. Bas terakhir ke rumah aku jam 10.15 malam. Sampai KL dah 9.30 malam. Adakah aku mesti tidur di Putrajaya Sentral sedangkan ada tempat tidur yang lebih berbaruah bermaruah di KL?

Jadi aku pun tidur di rumah member di KL. Pagi-pagi buta, aku meredah embun bersesak bersama Bangla dan Indon untuk segera pulang ke Putrajaya. Takdirnya, aku masuk kerja jam 9.23.

Kali ini dia bising. Dia kata, kenapa tak call? (kan hari ni hari Senin, paham-paham je lah). Kemudian dia kata, kebenaran datang lewat tu bukan setiap minggu. Aik, hari tu tak pulak dia kata benda tu. Kata pegawai profesional. Tindakan langsung tak profesional. Tengok rupa selalu benor pergi meeting. Valid ke sesuatu arahan yang tidak dimasukkan dalam sesuatu meeting.

Betol, boss aku yang paling dibenci pekerja masa kat Ipoh, seorang andartu peranakan Cina yang gemar mendropkan orang pernah berkata kat aku, " You kalau nak kerja, kerjalah dengan pegawai gred M (macam dia). Jangan kerja dengan pegawai gred B atau S. Sebab diorang kebanyakkannya tak boleh pakai." Betul juga.

Cukuplah aku sebut kes yang itu. Jangan sampai aku sebut, aku yang buat report yang sentiasa 'dititahkan' untuk menyediakan jawapan bagi soal-soal report, TAK PERNAH DIKURNIAKAN SEBIJI PRINTER PUN sepanjang 4 tahun 6 bulan 9 hari bertugas bawah dia.

Itu belum lagi aku bercerita tentang line internet yang baru setahun lepas ada. (itupun sejak mesin cetak separuh juta yang dia beli ni perlukan sambungan internet). Hina sungguh rasanya bekerja dalam bilik mesin berlantaikan simen bercat hijau di sebuah pusat pentadbiran kerajaan yang moden terulung di Asia Tenggara ni.

Sebab itulah selepas 4 tahun 6 bulan 9 hari bekerja dengan dia, aku tak boleh tahan rasa nak berhenti aku dari perkhidmatan awam, andai kata aku tidak diuruskan pertukaran oleh pihak yang sepatutnya.

Tuhan menguji aku dengan perlakuan orang yang tak layak aku hormat dan sanjung. Yang meruntuhkan sebuah masjid untuk memenuhi hasrat hati sendiri yang penuh dengan rasa superiority. Yang seolah-olah, kata-katanya tak pernah salah. Seorang superior yang berlagak master yang melayan subordinates seperti hamba.

Atau beranikah dia menekup mulut aku yang PASTI akan melontar kata-kata kritik yang PANAS sekiranya aku dah tiada lagi dalam perkhidmatan awam?

Lepas aku masuk

Khamis, 29 Mac 2012

Mengapa Saya Tidak jadi Penyanyi

Kejadian berlaku ketika saya berumur 7 tahun. Saya suka menyanyi. Setiap hari saya menyanyi lagu Layang-Layang Putus Tali, dari kumpulan Alleycats yang popular pada waktu itu. Saya boleh membaca pada waktu itu walaupun saya tidak pernah masuk tadika. Sebab saya tidak minum susu lembu. Saya minum santan je.

Oleh yang demikian, saya telah berjaya menghafal lagu Alleycats tersebut hasil membaca dan menghafal dari lirik lagu yang terselit di URTV.

Oleh kerana kemenyampahan dengan sikap saya yang suka menyanyi di dalam kelas, Cikgu Salmah, Cikgu Syarifah dan Cikgu Faridah telah mendajeikan saya dengan menyuruh saya membuat persembahan. Hebat tak saya ingat lagi nama dedemer ni walaupun kejadian telah berlalu 27 tahun lalu. Nak hebat macam saya jangan minum susu yer. Minum santan.

Rupa-rupanya, di hari persembahan, barulah saya tahu yang berjuta-juta penonton sedang menantikan persembahan saya yang mewakili murid tahun satu SK La Salle, Canning Garden, Ipoh pada Hari Kanak-Kanak 1985.

Saya menangis tidak mahu pergi sekolah. Kakak saya suruh pergi jugak. Mak saya dah goreng karipap banyak dah untuk bekal potluck. Sebab kesian kat mak saya yang bangun pagi goreng kuih walaupun saya tahu mak saya beli kuih tu kat gerai Cik Nab, saya sedih sebab mak saya terpaksa beli kuih karipap sebanyak RM3.00 untuk potluck itu. RM3.00 masa tu dapat 30 ketul karipap you know. Makan sampai pengsan kalo dilahap sensorang.

Rupa-rupanya kesedihan saya menjadi hiburan kepada ketiga-tiga cikgu Melayu nakal ini dan mereka terus memujuk. Sungguh biadap mereka ini. Guru Besar, Rev. Bro. Lucian Ng yang baik hati itu juga terbabit mendajeikan saya dan akhirnya saya menangis lalu menyanyi di atas pentas.

Nyanyian bersulam tangisan saya menjadi sorakan penonton yang menyangka ianya rektorik persembahan lagu berair mata yang sebenarnya tidak! Uwaaaaa. Saya menangis mengenangkan kenapa saya perlu buat show pada usia sebegini muda hanya untuk menghiburkan sesetengah pihak yang suka tengok saya menangis.

Sebab itulah saya tidak menjadi artis kerana saya tidak mahu persembahan saya dipergunakan untuk kesenangan pihak tertentu. Alasan macam ni boleh ke tidak?