Memaparkan catatan dengan label gigih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gigih. Papar semua catatan

Khamis, 29 Mac 2012

Tanah oh Tanah

Di zaman subrakala purbakala, orang teroka tanah ikut suka hati dorang jer. Maklum lah, tanah tengah banyak. Eh, bukan.. Manusia tengah sikit.. Eh.. tanah tengah banyak.. Eh.. apa-apa je lah.

Tapi zaman tu tak ada lagi teknologi. ( nama pun zaman purbakala ) Sekarang dah ada internet. Dah ada satelit map kat Google. Apa lagi. Marking la. Ambik kordinat sesuka hati ibu ayah kita, lepastu kita cari pakai GPS kat telefon.

Bijak ke tidak? Wah wah wah. Masuk bakul angkat sendiri yer. Boleh la kan? Sedangkan masuk lif pun takkan nak suruh orang tekan kan. Melampau namo'eh. Hahaha. Len kali minum susu ibu. Minum susu lembu, maka lembulah ibu susuannya. Eh!

Ingat lagi masa internet mula ada kat mata aku. Kekira 12 tahun nan lalu. Aku tercari-cari kat internet imej satelit untuk mana-mana kawasan kat Malaysia. Yer la.. teringin nak tengok pemandangan dari satelit. Harini, segalanya di depan mata. Nasib baik tak pengsan berbuih mulut sebab terkejut dengan kepantasan teknologi.

Dengan kepantasan teknologi inilah, kini tiba, tika waktunya, ku mencipta kejayaan yang penuh gemilang. Macam lagu patriotik je kan? Dengan kepantasan teknologi inilah kita boleh marking tanah untuk kita teroka.

Macam yang aku nak buat sekarang. Tukar balik Ipoh, kalau tak boleh tukar, berhenti kerja. Aku nak tanah. Dengan tanah yang aku teroka sendiri, usahakan sendiri, Eplai (comel je perkataan tu) sendiri kat PTG. Aku mahu anak cucu aku dapat mewarisi tanah dan kalau dorang nak jual kat Cina, biarlah harganya puluh juta. Tu dia, mentaliti Melayu terserlah. Pun intended sebenornye.

Sekurang-kurangnya tak lah mati papa kedana di rumah teres dua tingkat ratusan ribu pembelian bapak demer yer tak. Eh, jangan terasa. Tersinggung tak pe.

Tanah sangat penting you know. Jangan buat lawak sembang tanah kubur pulak. Kang kena hempok, kerat, bakar, buang sungai baru padan muka korang. Kubur pun takde.


Inilah tanah Malay Reserved yang masih terbuka untuk diterokai bagi tujuan pertanian. Tertera ialah jarak atas peta antara point-point dan anggaran keluasan hektar/ekar bagi setiap segitiga yang akan dibuka secara berperingkat. 

20 tahun lagi dapat la kat aku ye tak. 20 tahun pastu, layak la aku buat kediaman ala bangla banglo di lereng bukit bak kayangan. 20 tahun pastu tanah pun runtuh. Tapi takpe, belum tentu aku ada lagi time tu. Hahaha.

Ei.. tak sabor rasenyer awak nak gi site Sabtu ni. Yabedaberudu! 

Selasa, 27 Mac 2012

Masuk Hutan Naik Motor Sorang-Sorang

Pada suatu hari yang indah dan murni, burung-burung pun bergembira. Tarikhnya 11.3.12.  Saya dengan penunggangan solo berjenterakan sebuah jentera dua tayar (motor da.. ) jenama Modenas, berazam untuk tiba di Kg. Sungai Choh, sebuah perkampungan orang asli yang terletak jaaaaauuuh di dalam hutan yang tebal lagi penuh mergastua dan mergasmuda.

Hutan rimba indah yang bermain di kepala hanyalah tipu daya Google Maps semata-mata. Kerana kini hutannya telah gondol seperti kepala director Ahmad Nisfu.

Lihatlah kemusnahan belantara akibat tangan manusia. Mujurlah tangan manusia. Kalau tangan Godzilla, sudah tentu huru hara bumi ini dibuatnya. Seram lah.

Setelah menunggang motor naik bukit turun bukit sejauh 14 kilometer dari Institut Perguruan Ipoh, saya pun tiba di Kg. Sg. Choh. Keadaan kampung sangat sunyi. Hari Nyepi kah? Tetiba Bali plak. Tidak. Tiada yang beragama Hindu Bali di sini. Semuanya Islam , animisme dan Kristian adanya jua.



Inilah surau yang ada di kampung ini. Membuktikan pengaruh Islam telah tiba sejak abad ke 4 Masehi. Jangan tipu yer. Nabi Muhammad pun lahir abad ke 8. Malang bagi penduduk di sini, mereka tidak lagi dibekalkan dengan bekalan elektrik! Teruknya wakil rakyat kat sini. Siapa agaknya yer?

Oih. Barisan Nasional rupanya. Takpe lah. Oleh kerana saya undi BN, saya wajiblah memaki hamun pengabaian wakil rakyat kawasan ini kerana penduduk di sini tidak dibekalkan bekalan elektrik lagi. You mau dia undi you, dia undi you. Dia mau you tolong kasi letrik, sampai syurga dia menunggu.

Oh... penduduk kampung sedang makan kenduri kat rumah Tok Batin. Anak perempuan tok batin menikah. Oleh sebab hujan lebat, saya pun dijemput singgah dan dilayan berborak oleh anak tok batin bernama Alan. Ada tokoh ganti bapak kau ni. Saya dipersembahkan dengan tarian sewang nyanyian karaoke yang terhenti akibat minyak generator habis. 

Belum sempat hujan berhenti, saya dulu yang berhenti dari berharap agar hujan berhenti, dan cabut lari turun ke dunia sakai darat. See you again Tok Batin Hadi and Alan anak Hadi.