Jumaat, 30 Ogos 2013
Hantarannya Hanya Satu Surah Yang Dihafal
Beranikah? Beranikah pihak perempuan hari ini hanya meminta hantaran surah al-Quran yang dihafal oleh sang suami? Baca tulisan dibawah dan jika tidak faham, Google Translate kan ada.
Hiba Ammar writes:
When my father proposed to my mother… He dedicated Surah Al-Imran, which he memorized of heart, as her “Mahr” (dowry)
And when my husband proposed to me, my father told him that he would have to memorize a surah of the Quran as my mahr.. The wedding will not go on unless i’v received my mahr
I was asked to pick one of the surahs… I chose Surah Al-Noor… For all the laws that Surah contained within it and for the fact that it seemed hard to memorize on my behalf.
And before our wedding day; aside of being busy preparing for our “Newly wedded Nest”… The Quran wouldn’t leave my husband’s hand an entire month as he was memorizing the surah…
A few day before our wedding day, my husband came to recite to my father the surah which he had completed.
My father told him every time u make a mistake, u would have to start from the beginning all over again :))
My husband began reciting surah Al-Noor with his calm/gentle voice in such a “beautiful” scene which I will never forget. My mother and I would look at one another and would smile awaiting my husband to make a mistake so he would have to start all over again and by that increase my “Reward”…
But my husband - May Allah bless him - had memorized the surah off heart and didn’t even forget one single verse of it.
Once he finished my father hugged him and said to him: “Today I shall marry my daughter to u for u have fulfilled her mahr.. and your pledge to me..”
He didn’t pay me a financial mahr… And we didn’t buy gold worth tens of thousands…
He sufficed me with Allah’s words as an oath/contract between us…
And the Question is…. I wonder what Surah my daughter will chose as her mahr in the future?
Khamis, 29 Ogos 2013
Raja Ampat : Bagaimana Untuk Ke Sana Dari Kuala Lumpur
Jika anda seorang pemburu pantai yang indah - seperti geng yang difilemkan dalam The Beach (2001) yang dibintangi Leonardo DeCaprio - berada di Pulau Wayag atau Raja Ampat , adalah pencapaian yang lebih besar dari itu - yang mana dalam filem tersebut CGI digunakan untuk memalsukan sedikit latarbelakang bagi lebih mengindahkan Maya Bay, Ko Phi Phi Leh, Thailand.
Bagaimanakah pulau dara yang indah ini tidak terdedah kepada pemburu pantai indah? Sebelum ini ia tersorok oleh fakta bahawa perbelanjaan untuk ke pulau ini cukup mahal.
Berdasarkan kajian saya ini, untuk ke Pulau Wayag dalam tempoh lagi tiga minggu, anda perlu ada tidak kurang RM2000.00.Walaupun ini ditulis tanpa apa-apa faedah kepada saya sendiri, tetapi saya rasa, elok untuk dikongsikan kepada anda peminat pantai indah seperti saya.
Untuk contoh saya memilih hujung minggu yang panjang pada 14, 15 dan 16 Sept ini di mana Isnin 16 haribulan merupakan cuti hari Malaysia. Untuk bayangan trip ini, cuti pada 12 dan 13 haribulan perlu dipohon. Keseluruhan perjalanan mengambil masa 5 hari, hanya untuk berada selama 4 jam di Pulau Wayag!
Dengan AirAsia, anda perlu naik penerbangan 10:10 pagi ke Makassar (UPG) pada hari Khamis 12 haribulan yang berharga RM149 dan perlu pulang ke tanahair menaiki penerbangan AirAsia jam 5:40 petang pada hari Isnin, 16 haribulan dengan tambang berjumlah RM172. Kedua-dua tiket ini berharga RM321.00.
Setibanya di Makassar pada 1:15 petang Waktu Indonesia Tengah (WITA) (sama berbanding Malaysia) jangan menyewa hotel melainkan anda ingin membayar untuk penginapan tidak sampai 12 jam. Ini kerana pesawat Lion Air yang anda perlu naik bagi tujuan Ambon (AMQ) akan berlepas jam 3:35 pagi WITA dari UPG ke AMQ. Seeloknya anda menggunakan kemudahan lapangan terbang untuk mandi atau membersih diri dan menikmati kota Makassar hingga ke larut malam.
Di Ambon, dengan transit selama kira-kira 1 jam 30 minit, anda perlu menaiki pesawat Wings Air ke Sorong (SOQ) yang akan berlepas jam 7:45 pagi Waktu Indonesia Timur (WIT) (+1 jam berbanding Malaysia) dan akan tiba di Sorong pada jam 8:55 pagi WIT. Keseluruhan perjalanan sehala dengan 'maskapai' Lion Air dan anak syarikatnya ini berharga Rp1,440,000 atau dengan tukaran terkini, RM440.00.
Terminal feri berada di Pelabuhan Sorong, kira-kira 10km dari lapangan terbang. Dengan menaiki teksi motor atau ojek, yang berharga beberapa ribu Rupiah, anda perlu menaiki feri jam 2:00 petang WIT untuk ke Waisai, pusat pentadbiran Kabupaten Raja Ampat yang terletak di Pulau Weigo. Tiket feri berharga Rp 140,000 atau RM43.00.
Di Waisai, terdapat banyak penginapan murah dengan harga antara Rp190,000 (RM58) hingga Rp300,000 (RM92), selain hotel-hotel untuk pengembara yang berduit lebih. Jadi saya puratakan kepada RM75.00. Nikmati malam di Waisai dan bersiap lah untuk perjalanan pagi Sabtu anda ke destinasi utama anda, Pulau Wayag.
Perjalanan ke Pulau Wayag yang terdiri dari ratusan pulau batu kapur tua dengan air jernih berwarna zamrud bukan murah. Sebuah bot yang boleh mengisi 15 orang perlu disewa dengan harga paling murah, Rp6,000,000 (RM1830.00) termasuk minyak. Ada yang menawarkan harga sewa Rp15,000,000 bergantung kepada keselesaan yang diingini. Ini kerana keluasan gugusan Pulau Wayag menghabiskan 300 liter petrol yang mahal harganya di sudut Indonesia sebelah sini. Anda perlu berkongsi dengan 15 orang pelancong bagi membolehkan setiap orang membayar RM122 hanya untuk lawatan 4 - 5 jam di sana. Jadi manfaatkanlah ia.
Untuk satu malam lagi,penginapan di Waisai diperlukan dan ini menambah perbelanjaan anda lagi RM75.00. Anda perlu pulang ke Sorong dengan feri pada hari Ahad yang berlepas jam 11 pagi dengan tambang RM43.00 lagi. Jika tidak, pesawat anda ke Makassar akan terlepas!
Pesawat Wings Air anda dari SOQ ke AMQ akan berlepas jam 2:05 petang WIT dan bakal mendarat di Ambon jam 3:15 WIT. Di Ambon anda mempunyai tempoh 1 jam transit sebelum akan diangkut dengan pesawat Lion Air ke Makassar pada jam 4:15 petang WIT untuk mendaratkan anda pada jam 4:55 petang WITA. Perjalanan ini juga berharga Rp1,440,000 ( RM440.00).
Memang ada pesawat AirAsia pada hari tersebut yang berlepas ke KL dari Makassar pada jam 5:40 petang WITA tetapi beranikah anda ambil risiko jika perjalanan anda dari Sorong ke Ambon dan ke Makassar mengalami kelewatan?
Jadi peruntukkan RM100.00 untuk bermalam di Makassar sehingga anda menaiki pesawat Air Asia hari Isnin yang juga berlepas jam 5:40 petang WITA, dan mendarat di KLIA pada jam 8:25 malam.
Oleh kerana perbelanjaan ojek dan pengangkutan awam lain tak dimasukkan, maka di anggarkan Rp 300,000 (RM 92) disediakan bagi tujuan ini.
Sekarang mari kita kira.
KL - Makassar RM149.00
Makasar - Sorong RM440.00
Sorong - Waisai RM43.00
Penginapan di Waisai RM75.00
Lawatan Pulau Wayag RM122.00
Penginapan di Waisai RM75.00
Waisai - Sorong RM43.00
Sorong - Makassar RM440.00
Penginapan di Makassar RM100.00
Makassar - KL RM172.00
Ojek, teksi dll. RM93.00
JUMLAH : RM 1,752.00
Harga inilah yang diperlukan bagi pengembaraan paling bajet untuk ke Pulau Wayag, Raja Ampat, Papua Barat, Indonesia. Justeru ia membuatkan pelancong masih menjauhi walaupun keinginan untuk berada di sana membuak-buak. Oleh kerana pengembaraan saya hanya berbajet bawah RM1,000 maka saya memilih Koh Phi Phi jugalah. Nak buat macam mana. Hehe.
Kuala Namu International Airport Ancaman KLIA ?
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu - Lapangan Terbang Kebanggaan Negeri Seberang - yang terletak hanya 200 km dari KLIA diwawarkan di Indonesia sebagai ancaman kepada KLIA dan KLIA2. Dikhabarkan Asiana Airlines dari Korea mahu menjadikannya hab penerbangan syarikat tersebut di rantau ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu akan beroperasi 25 Julai ini setelah mula dirancang untuk dibina pada tahun 1991. Ikuti imbasan laporan pertama blog ini mengenai Kuala Namu.
Ahad, Disember 02, 2012
KLIA Diancam Kuala Namu?
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu hampir siap di Medan. Ia akan menggantikan Lapangan Terbang Polonia. Menurut orang sebelah, kewujudan lapangan terbang baru ini bakal mematikan KLIA. Apakah benar?
Laporan media Indonesia menunjukkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah Korea Selatan memilih Kuala Namu sebagai hab serantaunya.
Setelah berusaha keras menandingi Changi, wujud pula Kuala Namu yang terletak dalam radius yang sama. Biarpun berada di seberang Selat Melaka, ia merupakan lapangan terbang antarabangsa pengapit utara bagi KLIA manakala Changi menjadi pengapit di Selatan.
Mungkinkah telahan mereka bahawa KLIA akan dimatikan oleh KNIA itu benar?
Mungkin sahaja benar jika KLIA tidak mempertingkatkan lagi upaya mereka untuk betul-betul menjadikan lapangan terbang tersebut kompeten dan unggul melebihi mana-mana lapangan terbang yang ada di rantau ini.
Tetapi barang harus diingat, KLIA berada di tanah besar Asia manakala Kuala Namu berada di atas sebuah pulau yakni Sumatera.
Dan pembangkang di negara ini seharusnya memuji Tun Mahathir atas pembinaan KLIA 15 tahun lalu kerana untuk membina lapangan terbang seperti KLIA hari ini, kosnya telah meningkat 3 kali ganda. Apatah pula jika dibina di masa depan.
Dek kerana kos, pembangunan Kuala Namu International Airport telah memakan waktu yang cukup panjang.