Khamis, 29 Ogos 2013

Raja Ampat : Bagaimana Untuk Ke Sana Dari Kuala Lumpur


Jika anda seorang pemburu pantai yang indah - seperti geng yang difilemkan dalam  The Beach (2001) yang dibintangi Leonardo DeCaprio - berada di Pulau Wayag atau Raja Ampat , adalah pencapaian yang lebih besar dari itu - yang mana dalam filem tersebut CGI digunakan untuk memalsukan sedikit latarbelakang bagi lebih mengindahkan Maya Bay, Ko Phi Phi Leh, Thailand. 

Bagaimanakah pulau dara yang indah ini tidak terdedah kepada pemburu pantai indah? Sebelum ini ia tersorok oleh fakta bahawa perbelanjaan untuk ke pulau ini cukup mahal.

Berdasarkan kajian saya ini, untuk ke Pulau Wayag dalam tempoh lagi tiga minggu, anda perlu ada tidak kurang RM2000.00.Walaupun ini ditulis tanpa apa-apa faedah kepada saya sendiri, tetapi saya rasa, elok untuk dikongsikan kepada anda peminat pantai indah seperti saya.

Untuk contoh saya memilih hujung minggu yang panjang pada 14, 15 dan 16 Sept ini di mana Isnin 16 haribulan merupakan cuti hari Malaysia. Untuk bayangan trip ini, cuti pada 12 dan 13 haribulan perlu dipohon. Keseluruhan perjalanan mengambil masa 5 hari, hanya untuk berada selama 4 jam di Pulau Wayag!


Dengan AirAsia, anda perlu naik penerbangan 10:10 pagi ke Makassar (UPG) pada hari Khamis 12 haribulan yang berharga RM149 dan perlu pulang ke tanahair menaiki penerbangan AirAsia jam 5:40 petang pada hari Isnin, 16 haribulan dengan tambang berjumlah RM172. Kedua-dua tiket ini berharga RM321.00.


Setibanya di Makassar pada 1:15 petang Waktu Indonesia Tengah (WITA) (sama berbanding Malaysia) jangan menyewa hotel melainkan anda ingin membayar untuk penginapan tidak sampai 12 jam. Ini kerana pesawat Lion Air yang anda perlu naik bagi tujuan Ambon (AMQ) akan berlepas jam 3:35 pagi WITA dari UPG ke AMQ. Seeloknya anda menggunakan kemudahan lapangan terbang untuk mandi atau membersih diri dan menikmati kota Makassar hingga ke larut malam. 

Di Ambon, dengan transit selama kira-kira 1 jam 30 minit, anda perlu menaiki pesawat Wings Air ke Sorong (SOQ) yang akan berlepas jam 7:45 pagi Waktu Indonesia Timur (WIT) (+1 jam berbanding Malaysia) dan akan tiba di Sorong pada jam 8:55 pagi WIT. Keseluruhan perjalanan sehala dengan 'maskapai' Lion Air dan anak syarikatnya ini berharga Rp1,440,000 atau dengan tukaran terkini, RM440.00.

Terminal feri berada di Pelabuhan Sorong, kira-kira 10km dari lapangan terbang. Dengan menaiki teksi motor atau ojek, yang berharga beberapa ribu Rupiah, anda perlu menaiki feri jam 2:00 petang WIT untuk ke Waisai, pusat pentadbiran Kabupaten Raja Ampat yang terletak di Pulau Weigo. Tiket feri berharga Rp 140,000 atau RM43.00.   

Di Waisai, terdapat banyak penginapan murah dengan harga antara Rp190,000 (RM58) hingga Rp300,000 (RM92), selain hotel-hotel untuk pengembara yang berduit lebih. Jadi saya puratakan kepada RM75.00. Nikmati malam di Waisai dan bersiap lah untuk perjalanan pagi Sabtu anda ke destinasi utama anda, Pulau Wayag.

Lumba-Lumba Guesthouse

Perjalanan ke Pulau Wayag yang terdiri dari ratusan pulau batu kapur tua dengan air jernih berwarna zamrud bukan murah. Sebuah bot yang boleh mengisi 15 orang perlu disewa dengan harga paling murah, Rp6,000,000 (RM1830.00) termasuk minyak. Ada yang menawarkan harga sewa Rp15,000,000 bergantung kepada keselesaan yang diingini.  Ini kerana keluasan gugusan Pulau Wayag menghabiskan 300 liter petrol yang mahal harganya di sudut Indonesia sebelah sini. Anda perlu berkongsi dengan 15 orang pelancong bagi membolehkan setiap orang membayar RM122 hanya untuk lawatan 4 - 5 jam di sana. Jadi manfaatkanlah ia.

Untuk satu malam lagi,penginapan di Waisai diperlukan dan ini menambah perbelanjaan anda lagi RM75.00. Anda perlu pulang ke Sorong dengan feri pada hari Ahad yang berlepas jam 11 pagi dengan tambang RM43.00 lagi. Jika tidak, pesawat anda ke Makassar akan terlepas!


Pesawat Wings Air anda dari SOQ ke AMQ akan berlepas jam 2:05 petang WIT dan bakal mendarat di Ambon jam 3:15 WIT. Di Ambon anda mempunyai tempoh 1 jam transit sebelum akan diangkut dengan pesawat Lion Air ke Makassar pada jam 4:15 petang WIT untuk mendaratkan anda pada jam 4:55 petang WITA. Perjalanan ini juga berharga  Rp1,440,000 ( RM440.00).

Memang ada pesawat AirAsia pada hari tersebut yang berlepas ke KL dari Makassar pada jam 5:40 petang WITA tetapi beranikah anda ambil risiko jika perjalanan anda dari Sorong ke Ambon dan ke Makassar mengalami kelewatan?

Jadi peruntukkan RM100.00 untuk bermalam di Makassar sehingga anda menaiki pesawat Air Asia hari Isnin yang juga berlepas jam 5:40 petang WITA, dan mendarat di KLIA pada jam 8:25 malam.

Oleh kerana perbelanjaan ojek dan pengangkutan awam lain tak dimasukkan, maka di anggarkan Rp 300,000 (RM 92) disediakan bagi tujuan ini.

Sekarang mari kita kira.

KL - Makassar RM149.00
Makasar - Sorong RM440.00
Sorong - Waisai RM43.00
Penginapan di Waisai RM75.00
Lawatan Pulau Wayag RM122.00
Penginapan di Waisai RM75.00
Waisai - Sorong RM43.00
Sorong - Makassar RM440.00
Penginapan di Makassar RM100.00
Makassar - KL RM172.00
Ojek, teksi dll. RM93.00

JUMLAH : RM 1,752.00

Harga inilah yang diperlukan bagi pengembaraan paling bajet untuk ke Pulau Wayag, Raja Ampat, Papua Barat, Indonesia. Justeru ia membuatkan pelancong masih menjauhi walaupun keinginan untuk berada di sana membuak-buak. Oleh kerana pengembaraan saya hanya berbajet bawah RM1,000 maka saya memilih Koh Phi Phi jugalah. Nak buat macam mana. Hehe.


14 ulasan:

  1. Takde alternatif lain ke nak ke Raja Ampat ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alternatif lain cari penerbangan yg langsung de makassar ke sorong tanpa lewat Ambon. .
      di makassar banyak pesawat ke arah timur (papua). Kl pakai lion air biasanya selalu transit.. tp kl yg lain kaya garuda air, batavia, atau sriwijaya sepertinya ada yg lgsg sorong bs search di cari tiket.com atau traveloka.com... selamat mencoba

      Padam
    2. Ada petunjuk disini

      http://rajaampatbiodiversity.com/id/how-to-get-there/


      Padam
  2. Alternatif lain cari penerbangan yg langsung de makassar ke sorong tanpa lewat Ambon. .
    di makassar banyak pesawat ke arah timur (papua). Kl pakai lion air biasanya selalu transit.. tp kl yg lain kaya garuda air, batavia, atau sriwijaya sepertinya ada yg lgsg sorong bs search di cari tiket.com atau traveloka.com... selamat mencoba

    BalasPadam
  3. Berminat utk diving kat Raja Ampat but on a budget. Ader saper saper nak pegi...I nak join!!

    BalasPadam
  4. Berminat utk diving kat Raja Ampat but on a budget. Ader saper saper nak pegi...I nak join!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya minat juga nak ke sana...tapi tak minat dive, nak gi mancing. If ok bole plan gi sama2.

      Padam
    2. Sy nak ke sana juga, minat pulau dia. Moh kita ke sana.

      Padam
    3. Sy nak ke sana juga, minat pulau dia. Moh kita ke sana.

      Padam
    4. Sy nak ke sana juga, minat pulau dia. Moh kita ke sana.

      Padam
  5. Tu belum termasuk makan minum.. Pakej scuba diving.... Adusss

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    BalasPadam
  7. saya plan nak ke sini juga. jom buat grop pi sana

    BalasPadam
  8. dari makassar(Ujung Padang) blh naik sriwijaya air terus ke Sorong

    BalasPadam