Seramai 16,000 orang hilang tempat tinggal manakala 22 maut dan 8 masih hilang dalam gempa bumi 6.2 pada skala Richter yang menggegarkan Aceh pada 2 Julai lalu yang turut menggegarkan Pulau Pinang.
Sabtu, 06/07/2013 00:04 WIB
Jumlah Pengungsi di Aceh Mencapai 16.000 Jiwa
- detikNews
Jakarta - Gempa yang mengguncang Aceh Selasa kemarin membuat sebagian rumah hancur, akibatnya sebagian warga terpaksa mengungsi. BNPB melansir jumlah pengungsi korban gempa Aceh sebanyak 16.000 jiwa.
"Data sementara jumlah pengungsi mencapai 16.000 jiwa, di mana di Bener Meriah 12.500 jiwa dan di Aceh Tengah 3.500 jiwa. Pengungsi ada yang tersebar di titik-titik pengungsian tetapi juga ada yang di halaman rumahnya. Masyarakat sebagian masih trauma tinggal di rumah. Gempa susulan masih terjadi. Tercatat ada 23 kali gempa susulan pasca gempa 6,2 SR pada 2 Juli lalu," ujar Kabag Humas BNPB Sutopo, dalam siaran persnya kepada detikcom, Jumat (05/07/2013)
Masa tanggap darurat telah ditetapkan selama 2 minggu terhitung dari tanggal 3 sampai 17 Juli 2013 dan akan dievaluasi tergantung dari kondisi di lapangan. Masa tanggap darurat difokuskan untuk pencarian dan penyelamatan korban, perawatan dan pengobatan bagi korban yang mengalami luka luka dan pemenuhan kebutuhan dasar pengungsi, seperti sandang, pangan, air bersih, obat obatan, sanitasi, penampungan sementara dan pelayanan kesehatan.
Data dari BNPB, masih ada 8 orang yang dilaporkan hilang di Aceh Tengah. "Tim SAR masih terus melakukan pencarian karena dilaporkan masih ada 8 orang hilang di Aceh Tengah," sambung Sutopo.
Sampai saat ini pendistribusian bantuan masih terus dilakukan. BNPB telah mengirimkan sekitar 40 ton bantuan logistik dan peralatan ke Bener Meriah dan Aceh Tengah, Hingga saat ini logistik masih mencukupi hingga 7 hari ke depan. Ketersediaan alat-alat kesehatan dan obat juga mencukupi. Kebutuhan mendesak bagi pengungsi adalah tenda keluarga, selimut, tikar, matras, kasur, permakanan, sandang dan air bersih.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
Sabtu, 6 Julai 2013
Khamis, 4 Julai 2013
Presiden Mesir Morsi Digulingkan , Tragedi Untuk Dunia Islam
Sebelum ini, kumpulan Islam liberal yang dibantu puak anti Islam seluruh dunia telah cuba untuk mencetuskan perubahan kerajaan dengan cara memporak perandakan negara-negara Islam dan menjatuhkan pemimpin-pemimpin mereka.
Maka berlakulah Arab Springs sehingga ada pihak yang cuba membawanya ke negara ini beberapa ketika yang lalu.
Maka jatuhlah Hosni Mubarak yang korup dan terlalu lama di tampuk kuasa dan bergantilah dengan Mohammed Mursi. Aneh, Mursi yang cukup alim ini memuji negara Malaysia sebagai model pembangunan negara yang hendak dihalakan arah tujunya.
Tetapi, puak liberal tidak senang. Demonstrasi demi demonstasi dibuat. Para anti-Mursi membanjiri jalan dengan muzik, arak, pergaulan bebas sementara puak pro-Mursi berzikir dan memenuhi masjid. Malangnya, hari ini, Mursi ditumbangkan oleh tentera yang menuruti kehendak rakyat sekular Mesir.
Lihat apa yang telah dikatakan sebagai 'dosa' Mursi :
Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.
Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar per tahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.
Dosa Mursi adalah menaikkan gaji kakitangan awam dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga kakitangan awam jadi lebih makmur.
Dosa Mursi adalah membina kilang Samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun mendatang, Mesir tidak perlu lagi mengimport kereta.
Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.
Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatnya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.
Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.
Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Sunni Syria dan Rohingya Myanmar.
Dosa Mursi yang cukup mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.
Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.
Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.
Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.
Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.
Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.
Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha membanteras salahlaku. Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.
Itulah "dosa" insan bernama Morsi. Orang Islam amal sekular ini memang rapat dengan Amerika & Yahudi. Dan mereka tidak pernah akan sokong agenda Islam walaupun mereka kalah dibawah sistem mereka cipta.
Rabu, 3 Julai 2013
Pengalaman Pahit Dengan Zalora ?
Sebelum aku start membeli belah online di Zalora, ada jugalah kedengaran carut marut beberapa orang rakan di Facebook yang tidak berpuas hati dengan medium beli-belah atas talian tersebut. Namun, pengalaman sendirilah yang menceritakan situasi sebenar.
Pada hari Isnin 1 Julai 2013 pada jam 4:30 petang, aku membeli 3 helai baju dengan harga RM82 selepas aku memasukkan nombor kupon diskaun RM20 yang diperoleh apabila aku melanggan Newsletter Zalora pada pembelian pertama minggu sebelumnya.
Esoknya, Selasa 2 Julai 2013 kira-kira jam 11:00 pagi, aku menerima bungkusan dari kurier GD Ex bagi pembelian tersebut. (Piagam pelanggannya menyebut penghantaran dalam tempoh 48 jam) Setelah memeriksa, aku dapati 2 helai baju saiz L yang aku tempah tidak muat di badan aku. Aku segera ke Poslaju dan memulangkan 2 helai baju tersebut dengan menanda Return Slip pada ruang 'Not Fit To Me' pada jam 3:00 petang hari yang sama.
Rabu, 3 Julai , kira-kira jam 4:30 petang aku mendapat emel bahawa pemulangan tersebut telah diterima dan telah dimasukkan ke Store Credit Voucher aku. (Piagam pelanggannya menyebut urusan ini diproses dalam tempoh 5 hari bekerja)
Pada jam 8:30 malam hari yang sama, aku membeli 2 helai baju lain bersaiz XL menggunakan kupon baucer yang diterima menerusi emel petang itu dan pada jam 9:00 malam, makluman diterima melalui emel bahawa pembelian aku telah diedar ke pihak kurier.
Bermakna, urusan beli, pulang semula, beli semula dan dapat semula - berlangsung dalam tempoh masa kurang 5 hari.
Sebelum itu, pada pembelian pertama dengan Zalora, aku membeli sepasang kasut pada hari Khamis jam 1:05 pagi , dimaklumkan tempahan aku telah dihantar pada hari Khamis jam 10:00 pagi dan menerima parcel kurier untuk item tersebut pada hari Jumaat jam 10:30 pagi. Tidak ada masalah berhubung pembelian tersebut.
Kepantasan berurusan dengan Zalora menunjukkan perkhidmatannya semakin bagus dewasa ini. Ini merupakan perkembangan terbaik bagi orang yang malas ke pusat membeli belah seperti aku dan tentunya aku akan membeli lebih banyak lagi dari Zalora. Raya pun sudah dekat.
Tak kenal.maka tak cinta. Teruskan kecemerlangan itu.
Keganasan Penyokong Bolasepak Indonesia
Anda heran mengapa pasukan Malaysia menaiki kereta perisai di Stadium Gelora Bung Karno beberapa ketika yang lalu? Masih beruntung kita kerana tiada insiden melampau seperti apa yang berlaku dua minggu lalu di stadium yang sama, membabitkan pertembungan pasukan Persija (Jakarta) dan Persib (Bandung).
Bas yang dinaiki pasukan Persib di baling batu hingga pecah cermin oleh penyokong Persija yang digelar Jakmania sehingga memaksa pemandu bas memandu bas keluar dari situ bagi membolehkan pemain Persib yang luka terkena serpihan kaca dirawat.
Bagi membalas dendam, penyokong Persib berkumpul di pondok tol lebuhraya ke Jakarta merosakkan kenderaan berplet B yang menandakan kenderaan berpendaftaran Jakarta.
Bukan itu sahaja, sebuah kereta berplet B juga dihantam di tengah-tengah Bandung oleh ratusan penyokong Persib yang mengamuk.
Kekalutan di Stadium Gelora Bung Karno ulah Jakmania tahun lalu mengakibatkan 3 orang penyokong Persib mati dipukul.
Tentulah kita faham kini bahawa sebab musabab pasukan kita berkereta perisai di sana. Beruntung sahaja penyokong bolasepak negara kita masih rileks walaupun Liga Malaysia, Singapura yang juara.
Yuna - Lullabies ( Adventure Club Remix )
Lagu Yuna bertajuk Lullabies telah menjalani proses remix yang menarik sehingga mendapat sambutan lebih hebat lagi berbanding lagu asalnya. Proses remix ini bukan hasil calang-calangan kerana hasil tangan Adventure Club Remix ini merupakan sesuatu yang mengujakan mana-mana penggiat seni di seluruh dunia.
Ini pula versi asalnya.
Apapun, lagu Lullabies sememangnya lagu yang menarik dan enak didengar.
Gara-Gara Asam Pedas, Johor dan Melaka 'Berperang'
Kerana asam pedas, Johor dan Melaka nampaknya 'bergaduh'. Tindakan kerajaan negeri Melaka yang berhasrat mematenkan Asam Pedas mencetus rasa kurang senang negeri Johor. Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor mendakwa makanan tersebut bukan eksklusif milik Melaka melainkan ia adalah makanan yang tersebar ke seluruh negara. Menurutnya, Johor sendiri mempunyai versi asam pedas sendiri begitu juga negeri-negeri lain. Menurutnya lagi, walaupun ada sedikit beza antara asam pedas Melaka dan Johor, namun semua orang tahu ramuannya. Menurutnya, tindakan Melaka mematenkan asam pedas akan hanya membuatkan mereka yang mahu memasaknya, termasuk para chef, perlu membayar royalti agaknya pula.
Beliau menjelaskan adalah tidak bagus jika setiap negeri mematenkan masakan mereka. Katanya, Johor juga boleh mematenkan nasi briyani, nasi ambeng, lontong, mi bandung, botok-botok dan sambal goreng tetapi untuk apa kerana ianya wajar dinikmati semua orang walaupun di luar Johor.
Hal ini susulan dari hasrat Ketua Menteri Melaka yang mahu mematenkan asam pedas sebagai warisan negeri Melaka dan mengilhamkan pertandingan memasak asam pedas bagi mendapatkan ramuan asam pedas terbaik di negeri Melaka.
Sementara itu, Indonesia nampaknya mula mencucuk jarum lanjutan dari kes ini dengan laporan 'perang' Melaka dan Johor tersebut sambil mengaitkan bahawa asam pedas juga terdapat di Riau dan Sumatera Barat dengan nama 'asam padeh'. Memang la ada. Nama pun Melayu.
Macam-macam hal komer ni.
Malacca's asam pedas patent plan in bad taste, says Johor
The Star/Asia News Network
Monday, Jul 01, 2013
Pasir Gudang - Malacca's plan to patent its asam pedas appears to be leading to a fiery war with its neighbour Johor.
Johor's Exco for Youth, Sports, Culture and Heritage Datuk Zulkurnain Kamisan claimed that the hot and spicy dish was not exclusive to Malacca but was common across the country.
"Johor has its own version of asam pedas, so do the other states," he said after attending the Johor GiatMARA graduation ceremony here yesterday.
Zulkurnain said that although there could be slight differences between Malacca's asam pedas and Johor's, most people knew the main ingredients for the dish.
He said families in both states had their own versions of the gravy and it was "absurd" for Malacca to claim the dish solely as its own.
"With Malacca patenting asam pedas, those who want to cook the dish, including chefs, may even have to end up paying royalty," he added.
Zulkarnain said it would be unhealthy for the country if every state were to claim or patent its traditional dishes.
If Malacca wanted to patent its asam pedas, he said, Johor could also do the same with its nasi briyani, nasi ambeng, mee bandung, botok-botok, lontong and sambal goreng.
"But we are unlikely to do so as we want people from outside Johor to enjoy the dishes," he said.
Malacca Chief Minister Datuk Idris Haron had said recently that the state planned to patent asam pedas Melaka as a heritage dish of the state.
He said Malacca also planned to organise a cooking competition to search for the best asam pedas in the state.
Common ingredients for asam pedas are dried chillies, shallots, turmeric, garlic, tamarind juice, lemon grass, belacan (shrimp paste) and daun kesom (laksa leaves).
Some also add black pepper and kerisik (pounded desiccated coconut) to thicken the gravy.
Selasa, 2 Julai 2013
Gempa Aceh 2 Julai 2013 : 4 Maut, 160 Cedera Setakat Ini
Selasa, 02/07/2013 21:54 WIB
BPBD Aceh Tengah: 4 Orang Meninggal & 160 Luka-luka Akibat Gempa Aceh
Feri Fernandes - detikNews
Jakarta - Aceh diguncang gempa berkekuatan 6,2 Skala Rihter (SR) tadi siang. Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Aceh Tengah mencatat, 4 orang meninggal dan 160 luka-luka akibat gempa tersebut.
"Sejauh ini 4 orang meninggal dan 160 orang mengalami luka-luka," ujar Kepala BPBD Kabupaten Aceh Tengah, Subhan saat dikonfirmasi detikcom, Selasa (2/7/2013).
Subhan mengatakan, jumlah korban masih mungkin bertambah sebab masih banyak rumah yang tertimbun longsor yang saat ini belum dievakuasi.
"Hingga kini timsar yang dibantu TNI dan Polri masih mencari korban yang diduga masih banyak yang tertimbun longsor maupun reruntuhan bangunan. Tidak tertutup kemungkinan korban akan terus bertambah," terangnya.
Selain itu, 300 unit rumah tercatat mengalami rusak akibat gempa tersebut. Kecamatan yang terparah mengalami gempa ini yaitu di Kecamatan Ketol, Kecamatan Cilala dan Kecamatan Kute Panang.
"Ada 14 kecamatan yang mengalami gempa, tapi yang terparah di tiga kecamatan tersebut. Ada 300 rumah yang saat ini rusak berat dan ringan," jelasnya.
"Sekarang diberlakukan status siaga di Kabupaten Aceh Tengah," tambah Subhan.
Punca Gempa Bumi Penang 3:37 petang, 2 Julai 2013
Satu kejadian gempa bumi telah berlaku di pergunungan Aceh jam 3:37 petang tadi berpusat di 4.70 Utara dan 96.69 Timur pada kedalaman 10 km dengan kekuatan 6.2 pada skala Richter mengikut Badan Meterorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia dan 6.1 pada skala Richter mengikut USGS.
Gempa ini turut menggegarkan Pulau Pinang berdasarkan maklumbalas yang diterima oleh laman web USGS dari masukan respon "Do You Feel It".
Walaubagaimanapun gempa ini berlaku di tengah daratan dan tiada potensi tsunami dihasilkan.
Gempa Aceh, Lima Warga Terluka
Gempa dirasakan sangat kuat selama sekitar 15 detik.
Selasa, 2 Juli 2013, 16:02
Hadi Suprapto
VIVAnews - Sedikitnya 10 rumah rusak dalam dalam gempa 6,2 SR yang melanda Benermeriah, Aceh, Selasa 2 Juli, pukul 14.37.
Kepala Pusat Data Informasi Badan Nasional Penanggulangan Bencana Sutopo Purwo Nugroho mengatakan, selain merusakkan rumah, gempa juga melukai sedikitnya lima orang. "Para korban sudah dibawa ke rumah sakit," katanya.
Sampai saat ini Badan Penanggulangan Bencana Daerah masih mendata para korban dan jumlah kerusakan. BPBD sudah mendirikan posko dan akan terus memantau perkembangan.
Lindu 6,2 SR pada yang menggoyang Aceh berpusat di daratan, 35 km barat daya Benermeriah atau 43 km tenggara Bireuen. Sumber kedalaman gempa 10 km dan tidak menimbulkan potensi tsunami.
Gempa dirasakan sangat kuat selama sekitar 15 detik oleh masyarakat Benermeriah hingga Banda Aceh. Masyarakat panik dan berhamburan ke luar rumah. (eh)
Masjid Dipijak-Pijak
Gambar masjid dipijak orang ramai yang tidak menyedari kewujudannya di lantai sebuah pusat beli-belah:-
BANDA HILIR – Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.
Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.
Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.
"Pada mulanya saya tidak sedar perkara ini, tetapi lama-kelamaan baru saya sedar ia gambar masjid dan dipijak orang ramai setiap kali memasuki pintu masuk pusat beli-belah ini," katanya.
Pengunjung, Khairul Arif Abdul Hakim, 25, pula berkata, pusat beli-belah berkenaan patut peka terhadap sensitiviti umat Islam.
"Walaupun saya percaya mereka berniat baik dan mahu memeriahkan suasana hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, tetapi seharusnya hal ini tidak berlaku," katanya ketika ditemui di pasar raya berkenaan, semalam.
Seorang lagi pengunjung, Yahya Abd. Razid, 42 berkata, pihak pengurusan sepatutnya meletakkan gambar berkenaan di dinding dan bukannya di lantai.
"Kalau nak juga letak di lantai, letak sahaja ucapan Selamat Hari Raya tanpa gambar masjid," katanya.
Manakala, Halim Samsuddin, 34, pula berharap, pihak pengurusan pasaraya terbabit dapat mengalihkan segera gambar masjid yang diletak di atas lantai itu, sebelum lebih ramai pengunjung memijaknya.
"Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat Islam," katanya.
- SINAR HARIAN
Bila Kendall Jenner Meminanti Lagu Yuna
Walaupun dah separuh bulan kisah berlalu, aku tak pulak tahu asal muasal kisah adik tiri Kim Kadarshian ni punya tweet.
Semalam ketika menelusuri lagu Yuna satu persatu, seperti kelakuan biasa aku bila tidur awal, bangun dinihari, aku terbaca komen-komen di lagu Lullabies nya.
Ternyata ramai penonton masuk ke situ setelah membaca tweet Kendall yang menulis "Lullabies- Yuna. my all-time fav! such a beautiful song".
Dari situ barulah aku kenal sapa Kendall sepertimana peminat-peminatnya mula mengenal Yuna. Reverse Osmosis sangat kan?
Apa pun, tidak dinafikan lagi bahawa lagu-lagu Yuna telah mencuri deria pendengaran peminat lagu-lagu sentimental yang dilantun dengan gemersik suara seorang gadis Melayu tulen yang berjaya mengalunkan suara Inggeris kemelayuan dengan baik sekali.
Sementelahan lain, Agnes Monica, artis Cina Indonesia, yang mula ke Amerika Syarikat untuk berduet dengan Timbaland bagi lagu "Coke Bottle" kini menjadi taruhan jiran sebelah rumah kita dalam menangkis populariti Yuna yang tidak terkendali oleh mereka.
Selamat berjuang Agnes Monica. Bezanya Yuna tetap tertutup manakala Agnes Monica semakin terdedah.
Isnin, 1 Julai 2013
19 Bomba Sukarela Maut Tragis Dalam Kebakaran Hutan Di Arizona
Satu kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat berlaku di Arizona apabila 19 orang ahli bomba sukarela terbunuh dijilat api ketika memadamkan kebakaran semalam.
Mereka terperangkap dalam lalapan api menjulang yang tiba-tiba beralih ke arah mereka setelah angin bertukar arah tiba-tiba.
Kejadian berlaku ketika mereka sedang mengalihkan tempat perlindungan mereka dari bahang api ketika angin tiba-tiba mengancam mereka dengan api. Namun nyawa setiap mereka melayang setelah mereka terperangkap dalam lingkaran api yang akhirnya membaham mereka.
'TERRIBLE, TERRIBLE DARK DAY IN ARIZONA': 19 FIREFIGHTERS PERISH BATTLING DEADLIEST U.S. WILDFIRE IN 30 YEARS
Jun. 30, 2013 11:18pm Dave Urbanski
YARNELL, Ariz. (TheBlaze/AP) — Gusty, hot winds blew an Arizona blaze out of control Sunday in a forest northwest of Phoenix, overtaking and killing 19 members of an elite fire crew in the deadliest wildfire involving firefighters in the U.S. for at least 30 years.
KPNX-TV reported the crew was known as the Granite Mountain "hotshot" firefighters. The members were forced to deploy their fire shelters – tent-like structures meant to shield firefighters from flames and heat – when they were caught near the central Arizona town of Yarnell, state forestry spokesman Art Morrison told The Associated Press.
Prescott Fire Chief Dan Fraijo, his voice breaking at times, said that the 19 firefighters were a part of the city's fire department. One member of the crew was working in a different location and survived, Fraijo told KPNX-TV. The crew killed in the blaze had worked other wildfires in recent weeks in New Mexico and Arizona.
"By the time they got there, it was moving very quickly," he said.
He added that the firefighters had to deploy the emergency shelters when "something drastic" occurred.
"One of the last fail safe methods that a firefighter can do under those conditions is literally to dig as much as they can down and cover themselves with a protective – kinda looks like a foil type- fire-resistant material – with the desire, the hope at least, is that the fire will burn over the top of them and they can survive it," Fraijo said.
"Under certain conditions there's usually only sometimes a 50 percent chance that they survive," he said. "It's an extreme measure that's taken under the absolute worst conditions."
Prescott, which is more than 30 miles northeast of Yarnell, is one of the only cities in the United States that has a hot shot fire crew, Fraijo said. The unit was established in 2002, and the city also has 75 suppression team members.
The flames lit up the night sky in the forest above the town, and smoke from the blaze could be smelled for miles.