Rabu, 3 Julai 2013

Pengalaman Pahit Dengan Zalora ?


Sebelum aku start membeli belah online di Zalora, ada jugalah kedengaran carut marut beberapa orang rakan di Facebook yang tidak berpuas hati dengan medium beli-belah atas talian tersebut. Namun, pengalaman sendirilah yang menceritakan situasi sebenar.

Pada hari Isnin 1 Julai 2013 pada jam 4:30 petang, aku membeli 3 helai baju dengan harga RM82 selepas aku memasukkan nombor kupon diskaun RM20 yang diperoleh apabila aku melanggan Newsletter Zalora pada pembelian pertama minggu sebelumnya.

Esoknya, Selasa 2 Julai 2013 kira-kira jam 11:00 pagi, aku menerima bungkusan dari kurier GD Ex bagi pembelian tersebut. (Piagam pelanggannya menyebut penghantaran dalam tempoh 48 jam) Setelah memeriksa, aku dapati 2 helai baju saiz L yang aku tempah tidak muat di badan aku. Aku segera ke Poslaju dan memulangkan 2 helai baju tersebut dengan menanda Return Slip pada ruang 'Not Fit To Me' pada jam 3:00 petang hari yang sama.

Rabu, 3 Julai , kira-kira jam 4:30 petang aku mendapat emel bahawa pemulangan tersebut telah diterima dan telah dimasukkan ke Store Credit Voucher aku. (Piagam pelanggannya menyebut urusan ini diproses dalam tempoh 5 hari bekerja) 

Pada jam 8:30 malam hari yang sama, aku membeli 2 helai baju lain bersaiz XL  menggunakan  kupon baucer yang diterima menerusi emel petang itu dan pada jam 9:00 malam, makluman diterima melalui emel bahawa pembelian aku telah diedar ke pihak kurier.

Bermakna, urusan beli, pulang semula, beli semula dan dapat semula - berlangsung dalam tempoh masa kurang 5 hari.

Sebelum itu, pada pembelian pertama dengan Zalora, aku membeli sepasang kasut pada hari Khamis jam 1:05 pagi , dimaklumkan tempahan aku telah dihantar pada hari Khamis jam 10:00 pagi dan menerima parcel kurier untuk item tersebut pada hari Jumaat jam 10:30 pagi. Tidak ada masalah berhubung pembelian tersebut.

Kepantasan berurusan dengan Zalora menunjukkan perkhidmatannya semakin bagus dewasa ini. Ini merupakan perkembangan terbaik bagi orang yang malas ke pusat membeli belah seperti aku dan tentunya aku akan membeli lebih banyak lagi dari Zalora. Raya pun sudah dekat.

Tak kenal.maka tak cinta. Teruskan kecemerlangan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan