Rabu, 19 Jun 2013

Punca Jerebu Jun 2013

Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin memburuk. Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.

Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.


Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.


Imej dari Riauterkini.com bertarikh 18 Jun 2013 menunjukkan kebakaran yang tidak mampu dipadamkan. Cuaca kering mengakibatkan pembakaran terbuka tidak terkawal turut memusnahkan ladang-ladang kelapa sawit yang sedia ada oleh kerana tanah wilayah tersebut adalah dari jenis gambut.

Imej dari Riauterkini.com bertarikh 19 Jun 2013 ini pula menunjukkan seorang petugas berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah ladang sawit.

Adakalanya adalah tidak adil untuk terus menuduh aktiviti pembakaran terbuka sebagai punca kerana musim kemarau dan kepanasan bumi di tanah gambut di sana mampu menyebabkan kebakaran dengan sendirinya.  Ini juga berlaku di beberapa kawasan dalam negeri Selangor. Siapa yang mahu membakar kebun sendiri seperti di atas?

Namun, Indonesia menyebut, aktiviti pembakaran terbuka turut melibatkan syarikat perladangan Malaysia dan Singapura. Karikatur di bawah menterjemahkan sindiran tersebut.


Dan sememangnya pembakaran terbuka untuk pembukaan tanah ada berlaku di Riau seperti imej tidak bertarikh di bawah :


Sehingga semalam, jumlah titik panas di Riau terus meningkat dari 123 empat hari lalu kepada 194 semalam, namun tiupan angin barat tidak membawanya ke Kuala Lumpur melainkan ke Melaka, Johor dan Singapura buat masa ini. Namun tiupan angin tersebut boleh berubah bila-bila masa kerana tiupan tetapnya dalam monsun ini ialah dari barat daya Maka dengan tepatnya ia mengarah ke Lembah Klang. Jadi? Bersedialah.

12 ulasan:

  1. terima kasih info ini, saya mohon share di blog saya ye..

    BalasPadam
  2. apa bukti syarikat malaysia yang terlibat. ada list syarikat2 tu tak?

    BalasPadam
  3. If betul la Malaysian and Singaporean companies yg jadi penyebab, mintak Indonesian govt buktikan dan berikan senarai kpd Malaysia dan Singapore. It also does not stop Indonesian govt utk saman these companies, right? So kenapa Indonesian govt tidak bertindak? Malaysian govt and Singaporean govt should saman Indonesian govt for allowing the air to be polluted and causing a lot of environmental problems.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 100% agree !we are suffering because they do a lot of environmental problems? saman je.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. Kebakaran berlaku ditanah indonesia.. so pihak indonesia lah yg bertanggungjawab.. mcammane boleh berlaku..? and bagaimana kamu boleh terlepas pandang.. sehingga syarikat tersebut boleh suka2 membuat pembakaran terbuka..

    BalasPadam
  5. masalah ini berlaku setiap tahun. bukan baru berlaku tahun ini shj. jadi, knp tiada tindakan pencegahan/pengawalan??

    BalasPadam
  6. Silalah share.. dalam hal ini kita kena tahu yang tanah gambut pada musim kemarau sangat kering hingga beberapa meter dari permukaan. puntung rokok pun boleh sebabkan kebakaran.. kejadian tanah gambut terbakar ketika ini turut berlaku di Selangor

    BalasPadam
  7. izin copy tuan admin, blog saya :

    http://www.duadz.com/

    BalasPadam
  8. Bosan dgn iklan dan segrlintir org yg suka suka amik ksempatan mgiklan diri mrk.

    BalasPadam