Terdapat banyak ungkapan-ungkapan yang tidak lagi bersesuaian dengan zaman. Justeru, ianya perlu diubah bagi disesuaikan dengan zaman.
Hidup ibarat roda. No way... kalau hidup ibarat roda, cukup tahun saya nak hidup yang baru. Sebab hidup saya yang lama dah haus yer. Merbahayakan pemanduan. Boleh ker? Jadi hidup bukan ibarat roda. Ungkapan yang sesuai dengan zaman ialah "Hidup jangan dikerusi roda".
Berusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. What? Susah-susah dahulu mana boleh senang-senang kemudian. Kalau kau kayuh basikal dalam laut susah tak? Susah kan? Apa kesenangan yang kau boleh dapat dari mengayuh basikal dalam laut? Kalau kejang OK lagi. Kalau lumpuh? Tak pasal-pasal masuk Bersamamu. Jadi,ungkapan yang sesuai dengan zaman ialah "Bersusah-susah dahulu, maka bersusah-susah jugalah kemudian, kau bukan anak sultan".
Jangan mencurah minyak ke api. Kenapa tidak? Kalau api tu segan silu nak membakar sampah, harus tuang minyak. Jadi kalau orang tengah marah menghadap anda dengan attitude sampahnya yang perlu dibakar, maka semburkan sajorr dengan kata-kata yang mengguris hati, limpa, buah pinggang, pundi kencing dan juga paru-parunya kalau boleh. Ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah "Kalau mencurah minyak ke dalam api, biarlah pakai VPower, harganya mahal, pembakarannya berkesan."
Barang yang lepas jangan di kenang. Salah konsep ni. Barang yang lepas la perlu dikenang supaya tak melepas lagi di masa depan. Cuba kau lupakan apa yang menyebabkan kau tertinggal bas semalam, dah tentu esok kau tertinggal bas lagi. Kan? Ungkapan yang sesuai dengan zaman ialah "Barang yang lepas, kalau tak dikenang, kau cubalah kenangkan. Pandai-pandai kau lah.".
Biduk hanyut kiambang bertaut. Salah konsep ni. Lima ratus tahun lepas boleh lah pakai. Sekarang orang tak kenal apa kejadahnya biduk. Kiambang kot kenal la kan. Sebaik-baik penggunaan bahasa mengikut zaman ialah : " Bayi hanyut sampah bertaut ". Macam kejam je.
Harapkan pagar, pagar makan padi. Ini lagi salah. mana ada orang nak pagar bendang. Macammana jentera penuai nak lalu. Ini bertentangan dengan konsep yang diamalkan oleh Felcra dan boleh menjejaskan bantuan dari Jabatan Pertanian. Lagipun pagar mana boleh makan padi. Ungkapan mengikut zaman yang sesuai ialah " Harapkan yang atas pagar, yang atas pagar tak keluar mengundi"
Api kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan. Salah ni. Api kecil ialah api jahat. Berapa banyak anak muda yang terbabas ke alam syabu akibat api kecil ini. Api besar pula sepatutnya menjadi kawan yang amat diperlukan. Terutamanya bagi pemilik kedai yang ingin claim insuran. Claim nyawa anak lu orang baru tau. Jadi ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah "Api kecil atau besar jangan dikawan sebab api itu unsur setan"
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Ini pun tak boleh pakai lagi. Sebab zaman ni mana nak cari nyiru untuk menadah sesuatu yang tak muat tangan. Katakanlah orang nak bagi kita motor sebab " Saya menang moto ", maka adalah sukar untuk diletakkan motor tersebut di atas nyiru yang ditadah. Ungkapan paling sesuai mengikut zaman ialah "Kecil tapak tangan, tairu saya tadahkan".
Berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi. Yang ini lagi la salah. Sebab apa, budak-budak sekarang asik disuruh cari maklumat dalam internet. Sapa la ajar dorang dalam internet? Kalau nak dipakai ungkapan ni, memang banyak la bunga yang tak jadi kembang. Yang kembang cuma bahagian-bahagian yang boleh kembang je. Ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah "Guru hilang waktu mengajar, murid menyetan menjadi-jadi."
Patah tumbuh, hilang berganti. Tidak tepat yer. Bukan semua yang patah itu tumbuh yer. Ambil contoh pensel. Pensel yang dipegang oleh seorang pondan yang patah. Walaupun dia patah, tidak akan tumbuh rahim di celah pundi kencingnya. Begitu juga duit saya yang hilang dulu, sampai ke la tak berganti-ganti. Ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah " Patah pinggang, perempuan tak jadi ".
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Inilah yang menjadi sebab peningkatan kadar jenayah di negara kita. Sebab apa, ambil contoh anak Lijah bini Suib tu. Baik budaknya. Hormat orang tua, suka senyum. Tapi ke lokap juga. Sebab jual dadah berkati-kati. Inilah padahnya kalau buat jahat jangan sekali. Maka dia buatlah berkali-kali sampai tertangkap. Ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah "Buat baik biar menggoda, buat jahat jangan dengan Benggali. "
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ini yang paling pengotor ni. Pangkal lengan aku takpe. Kena pangkal lengan mamak ambik order tu? Wekk.. Mana ada orang peram pekasam dalam-dalam. Sekarang orang peram lite-lite je. Ye lah.. dulu mana ada Cina jual ikan berhenti depan rumah bunyi hon, siap bagi hutang lagi. Tu pasal orang makan pekasam. Ungkapan paling sesuai untuk zaman ini ialah "Alang-alang menyeluk saku, biar sampai diterajang orang ".
Rambut sama hitam, hati lain-lain. Ini sangat salah. Kalau orang tua macam mana? Maksud saya, kalau orang tua tu rambut hitam dia cuma dye je. Rambut dia sebenarnya putih. Tapi dia suka calit taik idung merata macam saya. Rambut dah tak sama. Hati pulak yang sama. Macammana tu? Ungkapan yang sesuai untuk zaman ini ialah " Rambut sama atas kepala, otak lain-lain, ada yang otaknya kat lutut"
Begitulah serba sedikit ungkapan yang sudah tidak relevan lagi dengan zaman. Selamat merapu. Jumpa lagi. Babai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan