Khamis, 29 Mac 2012

Mengapa Saya Tidak jadi Penyanyi

Kejadian berlaku ketika saya berumur 7 tahun. Saya suka menyanyi. Setiap hari saya menyanyi lagu Layang-Layang Putus Tali, dari kumpulan Alleycats yang popular pada waktu itu. Saya boleh membaca pada waktu itu walaupun saya tidak pernah masuk tadika. Sebab saya tidak minum susu lembu. Saya minum santan je.

Oleh yang demikian, saya telah berjaya menghafal lagu Alleycats tersebut hasil membaca dan menghafal dari lirik lagu yang terselit di URTV.

Oleh kerana kemenyampahan dengan sikap saya yang suka menyanyi di dalam kelas, Cikgu Salmah, Cikgu Syarifah dan Cikgu Faridah telah mendajeikan saya dengan menyuruh saya membuat persembahan. Hebat tak saya ingat lagi nama dedemer ni walaupun kejadian telah berlalu 27 tahun lalu. Nak hebat macam saya jangan minum susu yer. Minum santan.

Rupa-rupanya, di hari persembahan, barulah saya tahu yang berjuta-juta penonton sedang menantikan persembahan saya yang mewakili murid tahun satu SK La Salle, Canning Garden, Ipoh pada Hari Kanak-Kanak 1985.

Saya menangis tidak mahu pergi sekolah. Kakak saya suruh pergi jugak. Mak saya dah goreng karipap banyak dah untuk bekal potluck. Sebab kesian kat mak saya yang bangun pagi goreng kuih walaupun saya tahu mak saya beli kuih tu kat gerai Cik Nab, saya sedih sebab mak saya terpaksa beli kuih karipap sebanyak RM3.00 untuk potluck itu. RM3.00 masa tu dapat 30 ketul karipap you know. Makan sampai pengsan kalo dilahap sensorang.

Rupa-rupanya kesedihan saya menjadi hiburan kepada ketiga-tiga cikgu Melayu nakal ini dan mereka terus memujuk. Sungguh biadap mereka ini. Guru Besar, Rev. Bro. Lucian Ng yang baik hati itu juga terbabit mendajeikan saya dan akhirnya saya menangis lalu menyanyi di atas pentas.

Nyanyian bersulam tangisan saya menjadi sorakan penonton yang menyangka ianya rektorik persembahan lagu berair mata yang sebenarnya tidak! Uwaaaaa. Saya menangis mengenangkan kenapa saya perlu buat show pada usia sebegini muda hanya untuk menghiburkan sesetengah pihak yang suka tengok saya menangis.

Sebab itulah saya tidak menjadi artis kerana saya tidak mahu persembahan saya dipergunakan untuk kesenangan pihak tertentu. Alasan macam ni boleh ke tidak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan