Dari zaman Pentas Sunda belum tenggelam lagi, orang telah menulis blog. Ye ke? Bagaimanakah. Mereka menulis atas kayu-kayu balak yang disebut hari ini sebagai 'log'. Acah mat labu. Haha. kena tipu.
Aku dah tulis blog dari tahun 2004. Ekspresi kebosanan aku di kota metropolitan yang sebenarnya tak besar mana pun ni. Kuala Lumpur je beb. Bagi dok New York, berdarah hidung. Then aku tinggalkan lepas aku dapat transfer Ipoh pada 17.10.2005.
Kemudian aku buat blog lagi. Kali itu, blog aku cumalah manichandran manifestasi kehidupan aku, bersama kawan-kawan aku, juga bersama kekasut kekasih-kekasih tak jadi aku. Blog itu telah membuatkan aku menjadi popular. Gemerlapan lampu limpah yang berkedipan menyinari mukaku hatta di perdu bulu hidungku juga tersimbah limpahan lampu gemerlapan.
Aku menjadi khayal, lupa diri, menjadi orang-orang yang popular. Lebih awal dari Budiey dagu mencipta nama. Lebih awal dari blog-blog politaik bersepah sumpah. Ya aku betul-betul khayal. Ganja, syabu , ecstasy, ketamin, ketam batu lima, kokkain, kokak halim ayam, arak berat, arak ringan, berarak mendung kelabu , semua datang mendampingi aku dan membawa aku hanyut dalam khayalan.
Aku lupa diri, (kau memang lupa diri ).. Keseronokan kerana dikenali ramai membuatkan hidung aku menjadi tinggi. Tak. Hidung ni born this way. Lalu empayar blog yang aku cipta pun runtuh akibat berbagai skandal yang menimpa diri aku. Aku menjadi lemau lemah dan tidak berdayak berdaya untuk mengawal mabuk populariti yang aku alami. Lalu blog aku pun lesu, bisu, busu dan hapus bak istana pasir diterjah air pasang pagi surut pukul lima.
OK. Puas kena tipu? Berbalik kepada dunia nyata lah yer. Tak baik menipu dan ditipu berjela-jela.
OK. Puas kena tipu? Berbalik kepada dunia nyata lah yer. Tak baik menipu dan ditipu berjela-jela.
Kini aku kembali bangkit. Bangkit. Yaa. Bangkit.. dari kubur. Hoii. Melampau. Kini aku kembali menulis blog-blog di landasan yang betul dan tidak hanya mensasarkan pembaca dari golongan tertentu sahaja.
Seandainya kisah anda tersenarai dalam blog saya untuk diceriterakan, berbanggalah, kerana anda terpilih untuk diketengahkan menjadi tikus makmal blog saya ini.
Berjumpalah lagi kita yer di posting-posting yang akan selalu dihapdetkan. Baca jangan tak baca. Membaca amalan mulia.
Akhir kata, saya memohon maaf awal-awal sekiranya anda tidak berkenan dengan kaedah penceritaan saya dalam blog ini terutamanya kalau terkait dengan diri anda. Bukan saya teringin sangat untuk menceritakan tentang karenah manusia ni. Cuma kadang-kadang karenah manusia ni yang merayu-rayu saya untuk menukilkan sepatah dua ratus ribu kata.
Akhir kata, saya memohon maaf awal-awal sekiranya anda tidak berkenan dengan kaedah penceritaan saya dalam blog ini terutamanya kalau terkait dengan diri anda. Bukan saya teringin sangat untuk menceritakan tentang karenah manusia ni. Cuma kadang-kadang karenah manusia ni yang merayu-rayu saya untuk menukilkan sepatah dua ratus ribu kata.
Yang benar
TUAN TANAH KEDAUNG
(*paparan komputer, tidak perlu tandatangan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan