Rabu, 11 Julai 2012

Apa Pun Tak Bleh Putrajaya Holdings Oi..

Hentian bas ini dibina selepas hampir 2 tahun saya mendiami kawasan Putrajaya Terselatan ini.

 Cukup moden, stylish dan menepati ciri-ciri hentian bas sebuah negara maju.

 Menunggu bas di sini terasa selamatlah kita dari hujan panas ribut petir.

Tetapi, rupa-rupanya, apabila datangnya hujan di pagi atau petang..

 Penumpang bas tetap akan kebasahan..

Sebab bas lalu di jalan berseberangan..

Apa ni wei? Apa pun tak bleh. Dah banyak kali dah saya kebasahan turun dari bas petang-petang dan naik bas pagi-pagi. Apa ni Putrajaya Holdings.. Apa ni? Lawak edisi masyarakat kuarters kah?

Selasa, 10 Julai 2012

Isnin, 9 Julai 2012

Perjalanan Pulangku Ke Pangkuan Sofa

Beginilah perjalanan aku pulang kerjah kalao aku menaiki bas terus 950 ke rumah aku. jarak yang diambil 8.2 km atau 20 minit pergerakan. Sayangnya bas itu hanya beroperasi di waktu pundek puncak.

Yang di bawah ini puller, sekiranya saya menaiki bas rutin 600 yang akan mengambil masah selama 50 minit perjalanannya dengan jarak 19.7km. Pokei ma tok seng! Jauhnya.

Kemudian, tibalah aku ke penempatan aku yang indah lagi damai bahagia. Tangan ke bahu, mata ke atas.

Apapun kehendakNya, yang penting, sampai rumahku sorgaku, boleh guling-guling dan berintenifi. Internet pakai UniFi. Terma baru nampaknya.