Isnin, 1 Oktober 2012

Manan Rahman @ Malai Rock Station

Luahan sinis seorang gadis cantik bahawa 'budak taman' ada di merata-rata telah membuatkan aku merasa sedikit terhina. Tapi sebelum merasa terhina, wajiblah kita kenang, apa punca adanya 'budak taman' di merata-rata? Kenapa budak kampungnya tak ada merata-rata? Atau sudah pupus di makan nakortik kah budak-budak kampungnya?

Budak taman berada di merata-rata membawa maksud besar. Ada yang kerja jurutera O & G , ada yang jadi pegawai di MoF dan ada juga yang tak kerja lepak santai. 

Ada yang menjadi artis mainstream dan ada juga yang menjadi penghibur di pub ternama. Kali ini aku membawakan Manan Rahman, antara otai 'budak Taman' yang menempa pencapaian terbaru, mendapat peluang mengadakan persembahan setiap hari AHAD malam Isnin di Malai Rock Station, kelab malam tumpuan Melayu Ipoh untuk berhibur bermula malam tadi.

Manan Rahman bermula dengan penyertaannya di dalam Bintang RTM tahun 1984 dan masih aktif meneruskan kariernya sebagai pemuzik.

Malai Rock Station terletak di Jalan Medan Ipoh 1, Bandar Baru Medan Ipoh, Ipoh Garden, Ipoh.









Khamis, 27 September 2012

Stesen Keretapi Sultan Street Yang Ghaib

Mula-mula saya tengok peta KL ialah pada sebuah diari 1984 yang ada tergambar peta KL di awal-awal mukasuratnya. Pandangan saya tertarik kepada sebuah jajaran landasan keretapi dari Cheras menuju Puduraya. Setelah saya berhijrah dan bekerja di  KL , baru saya tahu bahawa laluan STAR LRT menuju ke Ampang telah dibina di atas rizab KTMB bagi landasan keretapi Pudu ke Ampang. Mungkin sebab itulah harga tiket laluan tersebut mahal lah jugak berbanding laluan ke Sri Petaling.

Tapi apakah sejarah sebenar landasan keretapi 'sesat' tersebut? Baru hari ini saya dapati dari sebuah forum di internet dan dari hasil carian Google yang telah saya buat susulan penemuan fakta itu.

Peta KL 1895

Laluan sulung Selangor State Railway yang terbina di Kuala Lumpur ialah menghubungkan KL ke Bukit Kuda di Klang yang siap pada 15.09.1886 . Stesen keretapi Kuala Lumpur pada masa itu terletak berhampiran Dataran Merdeka hari ini, lebih tepat, di kawasan yang kini menjadi bulatan bawah jejambat Jalan Kinabalu berhampiran Bank Rakyat. Hanya pada tahun 1926 lencongan baru dibina dengan menebuk lereng di Bukit Aman bagi pembangunan selanjutnya kawasan tersebut.

Untuk ke Selatan, laluan keretapi dicabangkan dari tapak stesen keretapi Kuala Lumpur hari ini, merentas Sungai Klang menuju ke arah Pudu di mana di kiri kanannya dibina jalan raya. Itulah Jalan Tun Tan Cheng Lock hari ini yang dahulunya dipanggil Foch Avenue. Terdapat 2 lintasan terbuka iaitu persilangan Jalan Tun HS Lee (High St.) dan Jalan Petaling (Petaling St) sebelum tiba di stesen Jalan Sultan (Sultan St. Station) dan terus ke Stesen Pudu. Laluan ini siap pada 01.06.1893.

Kemudiannya, laluan Pudu ke Sungai Besi disiapkan pada 01.03.1895 dan meneruskan laluan ke selatan, jajaran Sungai Besi ke Kajang disiapkan pada 18.08.1897.

Setelah lengkap laluan keretapi ke Johor Bahru siap pada 1910, laluan Foch Avenue melalui Pudu ini masih digunakan sebagai laluan ke selatan. Hanya pada 01.09.1913 , sambungan dari laluan ke Klang telah disambungkan ke laluan ke Selatan di Salak Selatan melalui Seputeh, yang menjadi laluan ke Selatan yang digunakan sehingga hari ini.

Pada 01.05.1914 pula, satu laluan dari kawasan letaknya stesen LRT Chan Sow Lin hari ini telah disiap dibina menuju ke Ampang.

Jaringan membelah kota ini tidak bertahan lama. Setelah 23 tahun melalui tengah jalan Foch Avenue, ia terpaksa dihentikan oleh kerana kepesatan pembangunan Kuala Lumpur.

Pada tahun 1920 , pihak berkuasa memutuskan untuk memunggah laluan keretapi dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur hingga ke Stesen Keretapi Jalan Sultan di atas Foch Avenue kerana kesesakan lalulintas yang semakin parah. 

Stesen Keretapi Jalan Sultan diubahsuai menjadi stesen penamat bagi laluan dari Ampang dan laluan dari Sungai Besi yang melalui Pudu. Perkhidmatan 'railcar' berkuasa stim yang dibuat di Sentul diperkenalkan bagi laluan Sultan Street - Pudu - Ampang.

Perkhidmatan ini ditamatkan pada tahun 1960 dan Stesen Sultan Street dipunahkan bagi memberi laluan sambungan Jalan Pudu yang baru ke Foch Avenue. Kedudukan Stesen Sultan Street hari ini ialah betul-betul di atas jalan berhadapan Nando's di persimpangan Jalan Sultan - Jalan Tun Tan Cheng Lock.

Imej 1910 ketika laluan keretapi masih merentasi Jalan Tun Tan Cheng Lock

Imej 1950an setelah laluan atas Jalan Tun Tan Cheng Lock dihapuskan.


 Kedudukan Sultan Street Station pada tahun 1950an di hujung Jalan Tun Tan Cheng Lock berhadapan Nando's hari ini.

Imej 1950an setelah seksyen Jalan Tun Tan Cheng Lock telah dihapuskan.

Imej 1950an Sultan Street Station yang menjadi penghujung Jalan Tun Tan Cheng Lock dan railcar yang digunakan.

 Stesen Keretapi Ampang pada tahun 1950an

Stesen Keretapi Pudu pada tahun 1978. Di tapak ini hari ini berdirinya Stesen LRT Pudu.

Stesen Keretapi Pudu pada 1993 yang menunggu untuk pembangunan LRT.



Sabtu, 22 September 2012

Melawat Padang Besar, Perlis

 Memperkenalkan Nasi Lemak 50 sen yang lazat, di jual di sebuah warung bersebelahan Maybank Padang Besar.

 Portion nasi lemak ini memerlukan kita memakan 3 bungkus untuk kenyang. 

Terletak di jalan besar berhampiran Kompleks Imigresen Padang Besar.

Inilah gerainya.

Kemudian bergeraklah ke Arked Niaga Padang Besar yang terletak di pusingan pukul 3 bulatan di hadapan Kompleks Imigresen Padang Besar.

Gambar lori sampah bernombor pendaftaran PKR ini sesuai untuk dihadiahkan kepada kerajaan PKR Selangor yang sedang berurusan membeli 50 lori sampah dari China.

Thailand terletak di sebalik bukit sana.

Ramai peniaga di Arked Niaga Padang Besar terdiri dari warga Thailand.

Hampir kesemua medan perniagaan di sini dikuasai mereka.

Berbagai barangan terutamanya perhiasan ruang tamu, selimut, cadar, pakaian dan kasut terdapat di sini.

Motor milik peniaga di Arked Niaga Padang Besar

Inilah Arked Niaga Padang Besar

Setelah pulang ke Kangar, dijemput makan Ais Kacang RM2.00 yang disediakan dalam portion yang gedabak di belakang sebuah kompleks membeli belah Entahapanamakutaktau.

Isnin, 10 September 2012

Pasir Pantai Berwarna Unik Paling Popular Di Dunia

Biasanya pasir pantai bewarna kuning atau putih. Mari kita lihat pantai yang warnanya lain dari yang lain.

Hana Maui, Hawaii pantainya berwarna merah kesan dari hakisan batuan gunung berapi.

 Waipio Beach, Hawaii pasirnya berwarna hitam yang merupakan hancuran lava yang mengalir ke laut.

 Papakolea , Hawaii pula pasirnya berwarna hijau. Ia merupakan hancuran batuan di kawasan tersebut dari hamburan batu gunung berapi jenis kristal olivine.

 Pantai Pink, Pulau Komodo, Indonesia memiliki pantai berwarna merah jambu. Ia terhasil dari campuran kulit kerang berwarna merah yang telah hancur berusia jutaan tahun
.
Pantai Pfeiffer di California memiliki pantai berwarna ungu. Ini kerana pasir pantainya bercampur dengan galian mangan yang terkandung dalam mukabumi kawasan tersebut.

Rabu, 1 Ogos 2012

Imej Hantu Di The Banjaran Hotsprings & Retreat , Tambun


Dua tiga malam sudah, ketika reronda taman aku selepas terawih, aku saja-saja bebosan snap gambar slow speed shutter untuk kecantikan dinding gunung batu kapur setinggi lebih 400 meter yang disuluh dengan lampu limpah dari The Banjaran Hotsprings & Retreat, yang dahulunya dikenali sebagai Kolam Air Panas Tambun. Jauh sebelum itu, pada tahun 1820an, kawasan tersebut dikenali Bendang Ayer Hangat dan dihuni oleh Datuk Panglima Kinta Ke 5 , Ngah Ghapar, sebelum beliau didapati hilang di kawasan batu kapur tersebut setelah dikatakan dilamar untuk berkahwin dengan anak perempuan pemerintah bunian di kawasan tersebut.

Tanpa disangka-sangka, gambar yang mulanya kelihatan cantik, rupanya menonjolkan bayangan yang menakutkan. Wajah hodoh seperti tengkorak yang masih mempunyai isi di muka dan biji mata sedang menjerit, tergambar jelas. 




Seperti biasa, kami kumpulan seekers tak heran ini asyik menikmati beramai-ramai pemandangan tersebut dan masing-masing bercerita tentang potensi pelancongan dari imej yang kelihatan kononnya menakutkan itu. Ditambahan lagi, Cikgu Ali , Ketua Cawangan boleh komen " Itu imej penunggu Sunway yang tak kacau orang". Kurapat ... kurapat tu .  

Gitulah kisah kami, golongan mereka yang tidak takut lagi pada hantu hanta ini kerana kami itu pun sebenarnya sebahagian dari hantu hanta ini.

Rabu, 11 Julai 2012

Apa Pun Tak Bleh Putrajaya Holdings Oi..

Hentian bas ini dibina selepas hampir 2 tahun saya mendiami kawasan Putrajaya Terselatan ini.

 Cukup moden, stylish dan menepati ciri-ciri hentian bas sebuah negara maju.

 Menunggu bas di sini terasa selamatlah kita dari hujan panas ribut petir.

Tetapi, rupa-rupanya, apabila datangnya hujan di pagi atau petang..

 Penumpang bas tetap akan kebasahan..

Sebab bas lalu di jalan berseberangan..

Apa ni wei? Apa pun tak bleh. Dah banyak kali dah saya kebasahan turun dari bas petang-petang dan naik bas pagi-pagi. Apa ni Putrajaya Holdings.. Apa ni? Lawak edisi masyarakat kuarters kah?

Selasa, 10 Julai 2012